Translate

27 June 2021

Pelan Pemulihan: Bantuan lebih komprehensif diumum pada Isnin atau Selasa - PM




Pelan Pemulihan: Bantuan lebih komprehensif diumum pada Isnin atau Selasa - PM
ASTRO AWANI

Muhyiddin berkata bantuan itu termasuk untuk golongan berpendapatan rendah (B40); berpendapatan pertengahan (M40) dan T20. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjangan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan menyeluruh itu dijangka akan memanfaatkan lebih 12 juta isi rumah.

Katanya, ia termasuk golongan berpendapatan rendah (B40); berpendapatan pertengahan (M40) dan T20.


“Saya nak sebut di sini (bantuan) kepada B40 dan M40 pun dah tentu dan beberapa kes termasuk seperti moratorium mungkin T20 pun ambil kira tentang keperluan mereka.

“Bantuan ini agak komprehensif jika dibandingkan dengan sebelum ini,” kata Perdana Menteri, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad.

Turut sama dalam lawatan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pengumuman mengenai moratorium pinjaman dan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kemudahan i-Sinar akan dibuat tak lama lagi.

Kerajaan juga sebelum ini mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.

Muhyiddin berkata bantuan itu berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED