Translate

29 June 2021

Ebit Liew- 'Dibom sampai tiga kali, hilang seorang demi seorang dalam hidup'(Video)

Ebit Lew turut berkongsi yang dia sempat membeli barangan seperti makanan dan permainan kanak-kanak. - Gambar FB/Ebit Lew


'Dibom sampai tiga kali, hilang seorang demi seorang dalam hidup'- Ebit Liew

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas,Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Gaza, Palestin meneruskan 'perjalanannya' dengan lawatan ke kediaman penduduk kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan di sekitar kawasan berkenaan.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook peribadinya, Ebit Liew turut berkongsi yang dia sempat membeli barangan seperti makanan dan permainan kanak-kanak.

''Bila berbual saya tanya nama. Semua beritahu nama masing-masing. Seorang ini tak jawab-jawab, rupanya tak dengar dah lama. Sakit.

"Saya tanya ada bawa jumpa doktor. Ubat hanya ada di Mesir dan selepas itu perlu pembedahan di Tebing Barat.

"Saya terus ambil nama jenis ubat tu untuk dapatkan dari Mesir. Comel sangat adik itu," katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, pada Selasa.

Rasa sebak di dada menebal, ujar Ustaz Ebit Liew.

Apabila mengenangkan bahawa anak kecil hanya mahu berlari-lari dan ingin hidup tenang serta boleh majukan diri.

“Sukar peluang pekerjaan. Dibom sampai tiga kali. Hilang seorang demi seorang dalam hidup. Saya beri duit belanja dan hadiah buat keluarga yang diziarahi. Tak berhenti mereka doakan untuk kami.

“Penduduk Gaza lembut dan baik sangat. Sifat dan akhlak mereka benar-benar terpuji," tambahnya.

Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia.

"Ini semua usaha dan doa anda,” katanya.

Ebit Liew yang kini dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin berlepas ke Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dibom-sampai-tiga-kali-hilang-seorang-demi-seorang-dalam-hidup-ebit-liew-305739


Assalamualaikum Gaza

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED