Translate

26 June 2021

'Kenyataan media' total lockdown dilanjut 2 minggu lagi disah palsu

Satu gambar kononnya kenyataan media bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi

'Kenyataan media' total lockdown dilanjut 2 minggu lagi disah palsu

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Satu gambar kononnya kenyataan media bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi yang tersebar di media sosial hari ini, disahkan palsu.

Kementerian Pertahanan membuat penafian itu di dalam Facebook kementerian berkenaan pada Sabtu.

Dalam kenyataan palsu kononnya oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tular itu, ia menyebut PKP 3.0 akan dilanjutkan bermula 29 Jun hingga 12 Julai 2021.

Kenyataan palsu itu turut menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat selepas mengambil kira kes baharu positif COVID-19 yang masih melepasi 3,000 kes setiap hari.

Tarikh penguatkuasaan total lockdown atau PKP 3.0 akan berakhir 28 Jun ini.

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED