Translate

27 June 2021

Covid-19 Malaysia | New Deaths - 60 | New Cases - 5,586 | Recovered- 4,777 | Active Cases- 61,395 | 27 June 2021


Kenyataan Akhbar KPK 27 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,777 kes (667,709 kes kumulatif, 91.0%);
  • Kes baharu : 5,586 kes (734,048 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,583 kes [4,186 warganegara (75.0%); 1,397 bukan warganegara (25.0%)];
  • Kes aktif : 61,395 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 886 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 446 kes;
  • Kes kematian : 60 kes (4,944 kes kumulatif, 0.67%; 52 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,772 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,898 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 874 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 20 kes di Selangor, 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam (6) kes di Kelantan, lima (5) kes di Johor, empat (4) kes di Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

INISIATIF PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL (MHPSS), KKM BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN

Sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara khususnya semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masyarakat sangat terkesan dari segi emosi dan kesihatan mental. Tekanan ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Antara masalah berkait dengan kesihatan mental yang dikenal pasti adalah kerisauan, keresahan, perasaan sedih, kemurungan, serta hilang harapan untuk meneruskan kehidupan. Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan semenjak 25 Mac 2020 mendapati kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan juga kaunseling.

Bagi petugas barisan hadapan pula isu utama yang dihadapi oleh sebilangan besar mereka adalah gejala tekanan yang melampau ataupun burnout. Hal ini berlaku apabila mereka perlu bekerja dengan komitmen melebihi 100 peratus bagi suatu tempoh yang lama. Situasi ini telah mengakibatkan keletihan fizikal dan mental yang boleh mengganggu konsentrasi serta produktiviti petugas barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Kajian yang telah dijalankan oleh Roslan N.S. et. al. (2021) ke atas 893 petugas kesihatan mengenai “Prevalen dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Burnout dalam Kalangan Petugas Barisan Hadapan di Malaysia Semasa Pandemik COVID-19”,  mendapati:

  • berkaitan peribadi (personal related burnout) adalah sebanyak 53.8 peratus, dan paling tinggi adalah dalam kalangan pegawai farmasi dan petugas kesihatan di peringkat daerah;
  • Prevalen burnout berkaitan pekerjaan (work related burnout) adalah sebanyak 39.1 peratus di mana Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan petugas di makmal mencatatkan peratusan tertinggi;
  • Prevalen burnout berkaitan dengan pesakit (patient related burnout) adalah sebanyak 17.4 peratus dalam kalangan paramedik dan petugas kesihatan di hospital swasta;
  • Kebanyakannya merasakan bahawa mereka tidak mendapat sokongan psikososial yang mencukupi di tempat kerja; dan
  • Antara faktor yang mencetus situasi burnout dalam kalangan petugas kesihatan adalah:
    • bebanan tugas yang tinggi;
    • ketidakpastian tempoh pandemik yang panjang;
    • pertukaran dan proses adaptasi terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang pelbagai;
    • rancangan kerjaya terganggu; dan
    • kesulitan mengimbangkan keluarga dan kerjaya. 

Menyedari situasi yang meruncing ini, beberapa inisiatif telah diwujudkan oleh KKM dalam menangani gejala tekanan yang melampau, khususnya bagi kakitangan kesihatan dan petugas barisan hadapan dalam tempoh pandemik ini, antaranya adalah:

  • Saringan kesihatan mental sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai tanda-tanda awal tekanan, keresahan dan kemurungan;
  • Psychological First Aid (PFA) diberikan kepada mereka yang bermasalah dan dirujuk kepada kaunselor atau pakar psikiatri mengikut keperluan;
  • Selain itu, sesi pre-deployment turut diberikan kepada petugas kesihatan dan sukarelawan daripada agensi lain yang dimobilisasikan ke seluruh negara untuk bertugas membantu mengendalikan pandemik COVID-19.  Sesi ini adalah sebagai persediaan mental sebelum melaksanakan tugas;
  • Petugas juga diberikan Mental Health Alert Card apabila selesai menjalankan tugas bagi pemantauan kendiri tahap kesihatan mental mereka;
  • Bagi mengelakkan burnout, petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian wabak COVID-19 turut diberikan cuti tanpa rekod dengan persetujuan Ketua Jabatan;
  • Sesi debriefing diberikan kepada petugas setelah selesai tugasan di lapangan;
  • Mengamalkan konsep pusingan kerja (Job Rotation); dan
  • Menempatkan pasukan MHPSS di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) seperti di PKRC MAEPS untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dan intervensi psikososial kepada kakitangan dan pesakit.

Petugas barisan hadapan disarankan untuk mengambil langkah penjagaan kendiri (Self-Care)bagi mengelakkan burnout seterusnya mewujudkan budaya kerja yang sihat dan ceria seperti berikut:

  • Bekerja secara efektif sebagai sebuah pasukan bagi meringankan beban tugas;
  • Sentiasa melakukan penilaian kendiri bagi mengesan tanda-tanda awal burnout;
  • Membina hubungan baik antara rakan sekerja dan ahli keluarga;
  • Sedia berkongsi dan mendengar pandangan serta nasihat sekiranya mempunyai masalah;
  • Mengamalkan senaman dan teknik kawalan pernafasan bagi mengurangkan tekanan; dan
  • Dapatkan rehat secukupnya serta amalkan pemakanan yang seimbang.

KKM menggesa semua petugas barisan hadapan untuk sentiasa mengambil berat aspek kesihatan mental di samping memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam memberi perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit-pesakit khususnya dalam tempoh melawan pandemik ini.

KKM melalui pasukan MHPSS akan sentiasa berkolaborasi dengan pelbagai agensi dan kementerian dalam menangani masalah burnout dalam kalangan petugas kesihatan serta mengambil tindakan yang sesuai bagi mencegah masalah ini daripada terus berlaku. Bantuan serta kaunseling sentiasa akan dihulurkan kepada mana-mana individu yang memerlukan khususnya petugas barisan hadapan.  #Kitajagakita.

Rujukan artikel: Roslan, N.S., Yusoff, M.S.B., Asrenee, A.R. & Morgan, K. 2021. Burnout Prevalence and Its Associated Factors among Malaysian Healthcare Workers during COVID-19 Pandemic: An Embedded Mixed-Method Study. Healthcare, 9(90), 1-20. (http://doi.org/10.3390/ healthcare 9010090)

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Jun 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,212 (1)241,627
WP KUALA LUMPUR628 (2)75,223
JOHOR31270,011
SABAH19068,767
SARAWAK51363,824
NEGERI SEMBILAN50142,907
KELANTAN13334,420
PULAU PINANG13834,161
PERAK22925,907
KEDAH12924,565
MELAKA38017,757
PAHANG11813,095
TERENGGANU1611,137
WP LABUAN837,812
WP PUTRAJAYA42,251
PERLIS0584
JUMLAH KESELURUHAN5,586 (3)734,048

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 60 kes kematian pada 27 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantinaUmur (Tahun)HospitalLatar Belakang Penyakit
4885KelantanPerempuan (WN)69Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan  buah pinggang kronik
4886KelantanPerempuan (WN)70Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis dan darah tinggi
4887KelantanLelaki (WN)70Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4888KelantanPerempuan (WN)84Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4889SelangorLelaki (WN)20Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangObesiti
4890KelantanPerempuan (WN)53Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, kanser, dislipidemia, dan hati kronik
4891SelangorPerempuan (WN)63Hospital Sungai BulohKencing manis dan dislipidemia
4892SelangorPerempuan (WN)43Hospital Sungai Buloh
4893MelakaLelaki (WN)81Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
4894SelangorPerempuan (WN)64Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4895SelangorLelaki (WN)58Hospital Sungai Buloh
4896SelangorPerempuan (WN)42Hospital Sungai Buloh
4897SarawakLelaki (WN)62Hospital MiriKencing manis dan darah tinggi
4898Negeri SembilanLelaki (WN)62Hospital TampinKencing manis dan darah tinggi
4899SelangorPerempuan (WN)69Hospital BantingDarah tinggi dan dislipidemia
4900SelangorPerempuan (WN)66Hospital Sunway, Petaling JayaKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4901SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohKencing manis dan jantung
4902KelantanLelaki (WN)74Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi dan strok
4903WP Kuala LumpurLelaki (WN)51Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4904JohorLelaki (WN)68Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis dan darah tinggi
4905SarawakPerempuan (WN)54Hospital MiriKencing manis dan darah tinggi
4906SarawakLelaki (WN)73Hospital BintuluDarah tinggi, dislipidemia, strok, dan paru-paru kronik
4907SelangorPerempuan (WN)61Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4908SelangorPerempuan (WN)54Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
4909SelangorLelaki (WN)75Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
4910WP Kuala LumpurPerempuan (WN)71Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
4911JohorPerempuan (WN)43Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruAsma
4912Negeri SembilanLelaki (WN)28Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala PilahObesiti
4913KedahPerempuan (WN)69Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit saraf
4914PahangLelaki (WN)69Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik, jantung, dan buah pinggang kronik
4915JohorLelaki (WN)67Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi, dislipidemia, dan kanser
4916SelangorLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan strok
4917JohorLelaki (WN)65Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4918PahangLelaki (WN)68Hospital Sultan Ahmad Shah, TemerlohKanser dan buah pinggang kronik
4919WP Kuala LumpurLelaki (WN)26Hospital Sungai BulohObesiti
4920Negeri SembilanPerempuan (WN)88Hospital JelebuKencing manis, darah tinggi, dan strok
4921MelakaLelaki (WN)68Hospital MelakaMental
4922SelangorPerempuan (WN)27Hospital Sungai BulohObesiti
4923WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
4924SelangorPerempuan (WN)85Hospital Shah AlamKencing manis dan darah tinggi
4925SelangorPerempuan (WN)82Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan strok
4926Negeri SembilanLelaki (WN)88Hospital Jelebu
4927WP LabuanPerempuan (WN)44Hospital Labuan
4928SelangorLelaki (WN)86Hospital BantingDarah tinggi dan tiroid
4929WP Kuala LumpurLelaki (WN)43Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
4930WP Kuala LumpurPerempuan (WN)81Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaKencing manis, darah tinggi, saraf, dan buah pinggang kronik
4931WP Kuala LumpurPerempuan (WN)77Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
4932WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4933WP Kuala LumpurPerempuan (WN)66Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan asma
4934WP Kuala LumpurPerempuan (WN)66Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan asma
4935WP Kuala LumpurLelaki (WN)62Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, kanser, dan asma
4936WP Kuala LumpurPerempuan (WN)46Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
4937JohorLelaki (BWN)36Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
4938SelangorLelaki (BWN)32Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
4939SelangorPerempuan (BWN)51Hospital SerdangKencing manis dan obesiti
4940WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)37Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
4941SelangorPerempuan (BWN)35Jenazah dibawa ke Hospital BantingObesiti
4942WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)53Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
4943WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)47Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
4944WP Kuala LumpurLelaki (BWN)55Hospital SerdangKencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,586 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,2123871,2541570
WP KUALA LUMPUR6282332242169
SARAWAK51312732264
NEGERI SEMBILAN501104244153
MELAKA3803075122
JOHOR 3121927050
PERAK2291902613
SABAH190577558
PULAU PINANG138681852
KELANTAN133576115
KEDAH129337224
PAHANG  118742618
WP LABUAN8324635
TERENGGANU16133
WP PUTRAJAYA431
PERLIS0
JUMLAH KESELURUHAN5,5861,8312,50531,247

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Industri Rawang BestariTempat KerjaSelangorGombak dan Hulu Selangor57135
2Industri Kampung Sungai BakauTempat KerjaSelangorGombak134190
3Tapak Bina JadeTempat KerjaSelangorHulu Langat42208
4Industri Jalan Sungai TuaTempat KerjaSelangorHulu Selangor122137
5Tapak Bina Jalan KuchingTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong99401
6Tapak Bina Jalan Residen DuaTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong9544
7Tapak Bina Jalan Kiara LimaTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong28147
8Tapak Bina Jalan BelfieldTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai20102
9Pekeliling Tanjung 27Tempat KerjaJohorKulai35177
10Murni SepangKomunitiSelangorSepang100220
11Linau KumpangKomunitiSabahKota Belud2955
12Kuarters Bata DurokKomunitiSabahKeningau1244
13Kampung Gong DepuKomunitiKelantanPasir Puteh1132
14Kampung Melor LamaKomunitiKelantanKota Bharu1547
15Jalan 12 KamparKomunitiPerakKampar942
16Tembok Kota KinabaluPusat TahananSabahKota Kinabalu, Penampang, dan Papar34422
17Jalan StampinKumpulan Berisiko TinggiSarawakKuching1946






 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED