Translate

22 April 2025

Amang seksual fizikal: bekas penolong jurulatih boling kekal dipenjara enam tahun



Amang seksual fizikal: bekas penolong jurulatih boling kekal dipenjara enam tahun

Bernama

22/04/2025


Kesalahan dilakukan pada 2018 terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Foto Bernama


KUALA TERENGGANU: Bekas penolong jurulatih boling yang didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukan Malaysia (SUKMA) terpaksa meringkuk di penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Mahkamah Tinggi menolak rayuan Mat Salleh Jalani, bekas penolong jurulatih boling, dan mengarahkan beliau menjalani hukuman penjara atas kesalahan amang seksual terhadap seorang atlet SUKMA.

Kesalahan dilakukan pada Mac 2018 terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Peguam Mat Salleh memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dikemukakan Mat Salleh Jalani, 62, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 16 Mei tahun lepas.

"Mahkamah menolak rayuan perayu dan mengekalkan hukuman yang disabitkan Mahkamah Sesyen sebelum ini," katanya, dan mengarahkan Mat Salleh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mahkamah Sesyen sebelum ini, mendapati lelaki itu bersalah melakukan amang seksual ke atas seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun satu bulan di sebuah taman perumahan di Marang pada Mac 2018.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala Mat Salleh diwakili peguam Wan Suhaili Wan Ismail.

Wan Suhaili memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki warga Myanmar mati dibunuh rakan senegara |' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 44 mins ago