Translate

22 April 2025

Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah RM500



Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah RM500

Bernama

22/04/2025


Rajgunan didakwa memperoleh wang suapan itu untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu itu yang melanggar syarat pengawasan. - Foto Sinar Harian


ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM500 tahun lepas.

E Rajgunan, 33, didakwa memperoleh wang suapan itu daripada seorang lelaki berusia 52 tahun sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu itu yang melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 6(3), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Lunas-Kulim, Kulim pada 2 petang 24 Ogos 2024.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Zulfadli Azharudin menawarkan jaminan RM10,000, namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana berpendapatan rendah serta menanggung isteri serta ibunya yang menghidap penyakit jantung, selain seorang adiknya baru sahaja terlibat kemalangan.

Hakim N. Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 2 hrs 3 mins ago