Translate

22 April 2025

Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar baharu AS



Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar baharu AS

Bernama

22/04/2025


Pegawai perdagangan AS memuktamadkan kadar tarif yang tinggi ke atas kebanyakan sel solar dari Asia Tenggara. - Gambar hiasan/ Bernama


KUALA LUMPUR: Malaysia bersama beberapa negara Asia Tenggara, dijangka akan terkesan dengan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas import sel solar dan panel.

Menurut laporan Reuters pada Isnin (21 April), pegawai perdagangan AS memuktamadkan kadar tarif yang tinggi ke atas kebanyakan sel solar dari Asia Tenggara - satu langkah penting ke arah menyelesaikan kes perdagangan yang telah berlarutan selama setahun, menyaksikan pengeluar Amerika menuduh syarikat China membanjiri pasaran dengan produk murah secara tidak adil.

Kes perdagangan itu dimulakan pada 2024 oleh Hanwha Qcells Korea Selatan, First Solar Inc yang berpangkalan di Arizona, dan beberapa pengeluar kecil yang ingin melindungi pelaburan berbilion dolar dalam industri pembuatan solar AS, menurut Reuters.

Reuters juga melaporkan bahawa kumpulan pempetisyen, American Alliance for Solar Manufacturing Trade Committee, menuduh pengeluar panel solar China yang berskala besar yang mengendalikan kilang di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam menghantar panel pada harga di bawah kos pengeluaran serta menerima subsidi tidak adil yang menjejaskan daya saing produk AS.

Tarif yang diumumkan pada Isnin itu berbeza mengikut syarikat dan negara, tetapi secara amnya lebih tinggi daripada duti sementara yang diumumkan lewat tahun lalu, tambah Reuters.

Gabungan duti antilambakan dan duti balas ke atas produk Jinko Solar dari Malaysia adalah antara yang terendah, pada kadar 41.56 peratus, manakala produk keluaran Trina Solar dari operasinya di Thailand dikenakan tarif sebanyak 375.19 peratus, menurut laporan itu.

Jabatan Perdagangan AS belum lagi menerbitkan pecahan terperinci kadar tarif akhir.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 4 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 7 hrs 56 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 8 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 9 hrs 14 mins ago