Jurutera rugi lebih RM1.1 juta angkara pelaburan tidak wujud
Bernama
22/04/2025

Mangsa berusia 36 tahun, mula melabur pada 3 Dis tahun lepas dan telah melakukan 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 36 tahun, mula melabur pada 3 Dis tahun lepas dan telah melakukan 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun.
"Mangsa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan untuk melabur.
"Namun, c
Yahaya berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.
-- BERNAMA