Translate

22 April 2025

8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul

 









Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru




JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu.

Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri.

Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam 5 petang, Jumaat lalu daripada seorang wanita yang dikenalinya, meminta supaya dia menemaninya di rumah sewa di Plentong.

Mangsa tiba di rumah tersebut kira-kira jam 9.30 malam.


Tidak lama kemudian, tiga lelaki tidak dikenali datang ke rumah itu, salah seorang daripadanya dipercayai membawa senjata.

Susulan itu, tiga lagi lelaki keluar dari sebuah bilik dan bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai, termasuk menggunakan kayu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Plentong, Seri Alam kira-kira jam 11.14 malam, Sabtu lalu.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 53 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr ago
A visitor from Washington viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 1 min ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 1 min ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Silver spring viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 1 hr 9 mins ago