Translate

17 April 2025

PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI DI SEBUAH RESTORAN DI IPOH


Video tular halang penjawat awam, penguat kuasa MBI lapor polis
Bernama
17/04/2025 


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima satu laporan daripada seorang anggota penguat kuasa MBI iaitu lelaki berusia 40 tahun pada 6.43 petang tadi berkaitan kejadian terbabit. 

IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian kekecohan yang berlaku ketika anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menjalankan penguatkuasaan di sebuah restoran di Menglembu hari ini, seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima satu laporan daripada seorang anggota penguat kuasa MBI iaitu lelaki berusia 40 tahun pada 6.43 petang tadi berkaitan kejadian terbabit.

"Siasatan awal mendapati semasa pengadu bersama pasukan penguat kuasa sedang menjalankan tugas sitaan kerusi dan meja berdasarkan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI, telah berlaku provokasi oleh seorang daripada pekerja restoran berkenaan.


"Suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba menghalang anggota penguat kuasa daripada menjalankan tugas rasmi. Pengadu turut memaklumkan bahawa seorang daripada anggota penguat kuasa telah ditumbuk oleh individu terbabit," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihaknya sedang merakam keterangan daripada saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Abang Zainal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Sheikh Fateeha Iman menerusi talian 010-290 8095 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Terdahulu tular satu video berdurasi 5 minit 57 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook memaparkan sekumpulan penguat kuasa menyerbu sebuah premis dipercayai sebuah restoran.

Video itu turut memaparkan seorang wanita pengsan dan berlaku pertelingkahan antara penguat kuasa dan beberapa individu di lokasi terbabit.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 31 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 1 hr 17 mins ago