Translate

23 April 2025

Pengeluaran visa haji cecah 45 peratus - Mohd Na'im



Pengeluaran visa haji cecah 45 peratus - Mohd Na'im

Bernama

22/04/2025


Mohd Na'im berkata pengeluaran visa berkenaan adalah sebahagian daripada proses tahunan yang dilaksanakan TH bagi memastikan kelancaran persiapan operasi haji tahun ini. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Proses pengeluaran visa bagi jemaah haji Malaysia musim 1446 Hijrah/2025 Masihi yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji (TH) kini mencapai 45 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata pengeluaran visa berkenaan adalah sebahagian daripada proses tahunan yang dilaksanakan TH bagi memastikan kelancaran persiapan operasi haji tahun ini.

"TH juga sudah bersedia sepenuhnya dengan persiapan hampir 100 peratus. Tahun ini, TH membawa seramai 632 petugas haji yang terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan wakil agensi luar yang terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim ini.

Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman.

Dalam pada itu, Mohd Na'im merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kecekapan dalam pengeluaran visa serta penambahbaikan sistem kad Nusuk.

"Ia satu pengiktirafan besar daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji negara, hasil hubungan erat dan strategik antara TH dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi," katanya.

Beliau berkata Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang akan mengagihkan kad Nusuk kepada jemaah haji di dalam negara sendiri bagi musim ini.

"Kad ini adalah penghargaan daripada Kerajaan Arab Saudi yang memberikan Malaysia keutamaan sebagai negara rintis dalam pengedaran kad Nusuk di dalam negara, selain laluan Makkah," katanya.

Katanya kad berkenaan akan diagihkan kepada jemaah haji di Balai Berlepas Induk, Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA (MHCC), sebelum mereka bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Tanah Suci.

"Tahun lalu, kad Nusuk diserahkan di Makkah menjelang Wukuf, namun tahun ini ia diagihkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan jemaah. Jika kita berjaya menguruskan agihan kad Nusuk dalam negara, inisiatif ini akan diperluaskan ke negara Islam lain.

"Insya-Allah, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha TH untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 35 mins ago