Translate

08 April 2025

Perpaduan ASEAN penting untuk harungi badai tarif AS - Tengku Zafrul



Perpaduan ASEAN penting untuk harungi badai tarif AS - Tengku Zafrul

Bernama

08/04/2025


Tengku Zafrul berkata memandangkan Malaysia memainkan peranan penting sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, membantu ASEAN mengharungi badai bergelora pada masa hadapan menjadi tanggungjawab besar negara. - Bernama


KUALA LUMPUR: Perpaduan dalam kalangan anggota ASEAN akan menentukan kejayaan sepuluh negara anggota itu dalam mengharungi badai tarif AS yang telah menjejaskan rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Oleh itu, katanya, negara anggota ASEAN perlu kekal tenang dan bekerjasama untuk mempersiapkan rantau ini bagi menghadapi tempoh yang lebih sukar pada masa akan datang.

"Berikutan pengumuman tarif AS baru-baru ini, bagaimana tindak balas ASEAN akan menentukan sama ada trajektori pertumbuhan kukuh yang dinikmati rantau ini pada dekad lepas akan gagal atau berjaya.

"Negara anggota ASEAN perlu bersatu lebih teguh untuk maju ke hadapan sebagai satu badan, satu suara, satu pihak yang berunding dengan sesiapa sahaja yang terbuka dan progresif untuk melihat nilai sebenar ASEAN sebagai rakan perdagangan dan pelaburan," katanya menerusi ucaptama majlis penutup Persidangan Pelaburan ASEAN 2025, hari ini.

Acara itu diadakan bersempena dengan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan.

Antara yang paling teruk terjejas ialah Kemboja yang berdepan tarif asas dan timbal balik sebanyak 49 peratus, Laos (48 peratus), Vietnam (46 peratus), dan Myanmar (44 peratus).

Sementara itu, Thailand berdepan tarif 36 peratus, Indonesia 32 peratus, Brunei dan Malaysia masing-masing 24 peratus, Filipina 17 peratus, dan Singapura pada tarif asas 10 peratus.

ASEAN memiliki populasi 680 juta orang, lebih daripada Kesatuan Eropah, dan di kedudukan ketiga selepas China dan India dengan gabungan keluaran dalam negara kasar mencecah US$3.6 trilion tahun lepas, menjadikan ASEAN blok ekonomi kelima terbesar di dunia.

Tengku Zafrul juga menekankan pertumbuhan ASEAN pada masa depan berisiko tergelincir daripada landasannya.

Beliau berkata pengumuman tarif AS baru-baru ini telah menggemparkan pasaran dan mencetuskan ketidaktentuan, terutamanya bagi negara perdagangan terbuka dan ekonomi yang dipacu eksport seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Justeru, Malaysia akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN pada Khamis untuk merangka tindak balas ASEAN seterusnya.

Tengku Zafrul berkata memandangkan Malaysia memainkan peranan penting sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, membantu ASEAN mengharungi badai bergelora pada masa hadapan menjadi tanggungjawab besar negara.

"Kita menggalas tanggungjawab ini dengan serius untuk memastikan kemakmuran ekonomi yang berterusan dan keselamatan di rantau ini.

"Dengan serangan tarif AS ini, terdapat lebih banyak sebab untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Selain penubuhan Pusat Kecemerlangan ASEAN bagi PMKS Hijau, kita mungkin juga perlu melihat cara lain untuk memperkasakan perniagaan yang lebih kecil dengan sokongan yang tepat untuk kelangsungan hidup mereka dalam tempoh yang sukar ini," katanya.

Mengenai komitmen untuk membina kekuatan dan kapasiti industri ASEAN, beliau berkata Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Dialog ASEAN+3 mengenai semikonduktor dan rantaian bekalan strategik akhir tahun ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Dundee viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Omsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | BEST F' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '"Instafamous Papaicici" fined RM3,000 for Offering' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 4 hrs 40 mins ago