Translate

22 April 2025

Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di Rom



Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di Rom

Bernama

22/04/2025


Francis, yang berusia 88 tahun, meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada pagi Isnin Easter. - Gambar/ Reuters


ROM: Upacara pengebumian Paus Francis akan diadakan pada Sabtu di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, menurut pengumuman Vatikan pada Selasa selepas mesyuarat kardinal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebelum meninggal dunia, Paus Francis menyatakan hasratnya untuk dikebumikan di gereja itu, yang merupakan antara tempat kegemarannya, dan bukan di Basilika St Peter yang lebih megah seperti kebiasaan bagi para paus yang telah meninggal dunia.

Pemimpin dunia dijangka menghadiri upacara pengebumian itu.

Ketika ini, jasad Francis ditempatkan di dalam keranda terbuka di sebuah kapel di rumah tetamu Santa Marta, bekas kediamannya, bagi membolehkan para kardinal, pegawai dan kakitangan Vatikan memberikan penghormatan terakhir.

Francis, yang berusia 88 tahun, meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada pagi Isnin Easter.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 2 hrs 14 mins ago