Translate

29 June 2021

Perhilitan berjaya menangkap seekor buaya tembaga yang digelar 'Mamat'

Seekor buaya tembaga yang digelar 'Mamat' oleh penduduk tempatan.


Perhilitan berjaya tangkap 'Mamat'

BERNAMA

KUALA NERUS, 28 Jun -- Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu akhirnya berjaya menangkap seekor buaya tembaga yang digelar 'Mamat' oleh penduduk tempatan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusuf berkata buaya berkenaan ditangkap di lombong tinggal di sini, kira-kira 5.45 petang tadi.

Katanya haiwan liar berukuran 3.86 meter itu ditangkap melalui kaedah menjerat yang dijalankan oleh 17 anggota Perhilitan.

"Pada malam ini Mamat akan dibawa ke Paya Indah Wetland (PIW) di Dengkil, Selangor. Sejak pertengahan Mei lepas Perhilitan telah memasang tiga unit perangkap buaya di lokasi berkenaan tetapi tidak berjaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kisah Mamat yang dikatakan tersesat di lombong tinggal itu bukanlah perkara baharu bagi penduduk Terengganu kerana ia mula tular pada 2016 apabila penduduk setempat sering memberi reptilia itu makanan.

Reptilia itu hanya berukuran satu meter ketika ditemukan penduduk dan ia tidak bertindak agresif menyebabkan ramai yang datang ke kawasan lombong untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 57 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 hrs 28 mins ago