Translate

30 June 2021

COVID-19 Malaysia: R-naught (Kadar Kebolehjangkitan) Menaik ke 1.04

R-naught negara mencatat 1.04 pada Selasa berbanding 1.0 pada hari sebelumnya.


COVID-19: R-naught negara berada pada paras 1.04, Pahang tertinggi

Astro Awani

KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kembali melonjak.

Angka itu berada di paras 1.04 pada Selasa berbanding 1.0 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.17.

Ini diikuti Putrajaya, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan.

Seterusnya, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Sarawak, Labuan, Johor, dan Sabah.

Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90.

Perlis pula tidak merekodkan kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED