Translate

29 June 2021

Malaysia Covid-19 Update 29/6 | 107 New Deaths Today | New Cases - 6,437 | Recovered- 5,298 | Active Cases- 62,844 |


Kenyataan Akhbar KPK 29 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,298 kes (677,751 kes kumulatif, 90.9%);
  • Kes baharu : 6,437 kes (745,703 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (3 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,423 kes [4,672 warganegara (72.7%); 1,751 bukan warganegara (27.3%)];
  • Kes aktif : 62,844 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 455 kes;
  • Kes kematian : 107 kes (5,108 kes kumulatif, 0.68%; 99 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,821 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,934 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 887 kluster.

Sebanyak 107 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 43 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing tujuh (7) kes di Kedah, dan Melaka, enam (6) kes di Johor, masing-masing empat (4) kes di Sabah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Pahang, serta satu (1) kes di Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL KETIKA PANDEMIK COVID-19 

Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketiba berada di dalam keadaan stress yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.   

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia mendapati, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia.   

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti;    

  • Perubahan tingkah laku kepada individu:  
    • Sentiasa kelihatan sedih dan murung;  
    • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;  
    • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa;  
    • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan;   
    • Mengalami gangguan tidur dan selera makan;  
    • Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling; dan  
    • Menyalahguna alkohol dan dadah.  
  • Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga.  
  • Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.     

Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu dinasihatkan agar mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti:  

  1. Mengambil serius tentang masalah yang dialami;  
  2. Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;  
  3. Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;  
  4. Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut;    
  5. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut; 
  6. Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan; dan 
  7. Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional.  

Pihak media juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab (Guidelines for Media Reporting on Suicide) yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit KKM tentang tingkah laku bunuh diri.

Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video ataupun mengedarkan gambar di media sosial tentang individu yang membunuh diri. Bunuh diri boleh dicegah, namun, tindakan viral di media sosial juga boleh mengundang ‘copycat suicide’ bagi mereka yang berisiko.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti;

  1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
  2. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
  3. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214
  4. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Sehubungan dengan itu juga, KKM menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang akan membantu rakyat dalam menghadapi kesan sosio-ekonomi pandemik COVID-19 ini. Sumbangan makanan daripada penduduk setempat kepada yang memerlukan amatlah dialu-alukan.

Bagi individu-individu dan isi rumah yang berkelayakan, bantuan kewangan serta pelbagai bantuan lain termasuk berbentuk moratorium pinjaman daripada institusi-institusi berkaitan seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam perlulah dimanfaatkan sebaik, dan perlulah dimohon sekiranya diperlukan.

Budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat handai dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa yang menghadapi masalah dan terkesan dengan pandemik agar mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri. Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik COVID-19 ini. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Jun 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,299 (12)245,915
WP KUALA LUMPUR1,361 (2)77,053
JOHOR27170,525
SABAH17869,203
SARAWAK24264,475
NEGERI SEMBILAN70044,236
KELANTAN13134,652
PULAU PINANG11534,364
PERAK18426,491
KEDAH28425,043
MELAKA25218,192
PAHANG25013,456
TERENGGANU2111,181
WP LABUAN1178,037
WP PUTRAJAYA322,291
PERLIS0589
JUMLAH KESELURUHAN6,437 (14)745,703

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 107 kes kematian pada 29 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
5002KelantanLelaki (WN)79Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5003SelangorLelaki (WN)49Hospital SerdangDarah tinggi dan obesiti
5004Negeri SembilanLelaki (WN)55Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan obesiti
5005KelantanPerempuan (WN)43Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis dan darah tinggi
5006SelangorLelaki (WN)60Hospital SerdangDarah tinggi
5007KelantanPerempuan (WN)78Jenazah dibawa ke Hospital Pasir MasDarah tinggi, kencing manis, dan saraf
5008KelantanLelaki (WN)69Jenazah dibawa ke Hospital Pasir Mas
5009SelangorLelaki (WN)49Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan autoimun
5010SabahLelaki (WN)69Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
5011SelangorLelaki (WN)64Hospital Sungai Buloh
5012JohorLelaki (WN)56Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi, jantung, dan kanser
5013SarawakPerempuan (WN)66Hospital MiriKencing manis dan darah tinggi
5014SelangorLelaki (WN)66Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5015SelangorLelaki (WN)57Hospital SerdangDarah tinggi
5016SelangorLelaki (WN)59Hospital SerdangKencing manis
5017WP Kuala LumpurPerempuan (WN)41Hospital Kuala LumpurObesiti
5018MelakaPerempuan (WN)58Hospital MelakaAsma, darah tinggi, dan dislipidemia
5019SelangorLelaki (WN)67Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5020SelangorLelaki (WN)46Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan dislipidemia
5021WP Kuala LumpurLelaki (WN)42Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
5022WP LabuanLelaki (WN)71Hospital LabuanJantung
5023SelangorPerempuan (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital SerdangDarah tinggi dan asma
5024Negeri SembilanLelaki (WN)58Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5025WP Kuala LumpurPerempuan (WN)80Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5026MelakaLelaki (WN)62Hospital MelakaKencing manis dan kanser
5027SelangorPerempuan (WN)58Hospital Serdang
5028SelangorLelaki (WN)35Hospital Pengajar Universiti Putra MalaysiaKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5029Negeri SembilanLelaki (WN)77Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
5030Negeri SembilanPerempuan (WN)38Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala PilahKencing manis dan darah tinggi
5031TerengganuLelaki (WN)82Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis dan darah tinggi
5032SelangorLelaki (WN)64Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
5033SelangorLelaki (WN)57Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5034SelangorLelaki (WN)74Hospital SerdangDarah tinggi, buah pinggang, dan dislipidemia
5035SelangorLelaki (WN)72Hospital PutrajayaKencing manis dan darah tinggi
5036JohorLelaki (WN)87Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
5037Negeri SembilanLelaki (WN)63Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi, buah pinggang, dislipidemia, dan obesiti
5038KedahPerempuan (WN)87Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarDarah tinggi, jantung, dan dislipidemia
5039MelakaLelaki (WN)67Hospital MelakaJantung dan strok
5040SelangorLelaki (WN)56Hospital SerdangDarah tinggi
5041SelangorLelaki (WN)75Hospital Shah AlamDarah tinggi dan dislipidemia
5042KedahLelaki (WN)60Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan dislipidemia
5043MelakaLelaki (WN)80Hospital MelakaDarah tinggi, dislipidemia, dan kanser
5044SelangorPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5045SelangorPerempuan (WN)61Hospital KajangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
5046JohorPerempuan (WN)64Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang
5047KedahLelaki (WN)34Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis
5048PahangLelaki (WN)59Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohDarah tinggi dan jantung
5049SelangorPerempuan (WN)83Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan tibi
5050Negeri SembilanPerempuan (WN)50Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala PilahKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5051MelakaPerempuan (WN)68Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
5052SelangorLelaki (WN)71Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
5053SelangorLelaki (WN)73Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5054SelangorLelaki (WN)83Hospital SerdangDarah tinggi dan dislipidemia
5055WP Kuala LumpurLelaki (WN)77Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5056Negeri SembilanLelaki (WN)80Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
5057Negeri SembilanLelaki (WN)36Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
5058Negeri SembilanLelaki (WN)65Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
5059KedahPerempuan (WN)70Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5060SelangorLelaki (WN)67Hospital Sungai BulohKencing manis
5061WP Kuala LumpurPerempuan (WN)57Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan autoimun
5062WP LabuanLelaki (WN)49Hospital LabuanObesiti
5063SelangorPerempuan (WN)55Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan dislipidemia
5064SelangorLelaki (WN)60Hospital SerdangKanser
5065WP Kuala LumpurPerempuan (WN)49Hospital Kuala Lumpur
5066JohorLelaki (WN)68Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKanser
5067SarawakLelaki (WN)92Jenazah dibawa ke Hospital SarikeiDarah tinggi dan dislipidemia
5068Negeri SembilanPerempuan (WN)77Hospital TampinDarah tinggi
5069MelakaPerempuan (WN)81Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
5070SelangorLelaki (WN)45Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis dan darah tinggi
5071SelangorPerempuan (WN)60Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5072Negeri SembilanPerempuan (WN)65Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala PilahKencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, paru-paru kronik, dan dislipidemia
5073Negeri SembilanLelaki (WN)42Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
5074KedahLelaki (WN)55Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis dan darah tinggi
5075WP LabuanLelaki (WN)54Hospital LabuanObesiti
5076SelangorPerempuan (WN)89Hospital SerdangDarah tinggi
5077SelangorLelaki (WN)67Hospital AmpangDarah tinggi dan buah pinggang
5078KedahLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, asma, dan buah pinggang
5079JohorLelaki (WN)64Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5080Negeri SembilanLelaki (WN)65Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan buah pinggang
5081SelangorPerempuan (WN)73Hospital KajangKencing manis dan darah tinggi
5082SelangorLelaki (WN)70Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, kanser, dan dislipidemia
5083SelangorLelaki (WN)60Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5084SelangorLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan jantung
5085SelangorLelaki (WN)57Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang
5086SelangorLelaki (WN)53Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
5087SelangorPerempuan (WN)53Hospital Kuala LumpurKanser
5088SelangorLelaki (WN)68Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangObesiti, kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5089SelangorPerempuan (WN)43Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangObesiti
5090WP Kuala LumpurPerempuan (WN)68Hospital Kuala Lumpur
5091WP Kuala LumpurLelaki (WN)66Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan dislipidemia
5092WP Kuala LumpurLelaki (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
5093WP Kuala LumpurLelaki (WN)51Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5094JohorLelaki (WN)64Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5095SabahLelaki (WN)82Jenazah dibawa ke Hospital KudatDarah tinggi dan strok
5096Negeri SembilanLelaki (WN)74Hospital Tampin
5097Negeri SembilanPerempuan (WN)69Hospital TampinKencing manis dan darah tinggi
5098Negeri SembilanPerempuan (WN)45Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
5099MelakaLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital MelakaJantung
5100PahangLelaki (WN)76Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis dan darah tinggi
5101WP LabuanLelaki (BWN)51Hospital LabuanObesiti
5102SabahLelaki (BWN)65Hospital Tawau
5103SelangorLelaki (BWN)51Hospital Serdang
5104SabahLelaki (BWN)67Jenazah dibawa ke Hospital TawauDarah tinggi
5105KedahLelaki (BWN)55Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
5106SelangorLelaki (BWN)40Hospital Shah AlamJantung
 5107SelangorPerempuan (BWN)41Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangObesiti
5108WP Kuala LumpurLelaki (BWN)48Hospital AmpangKencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,437 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,299961,34112850
WP KUALA LUMPUR1,3617163632280
NEGERI SEMBILAN7003052330162
KEDAH284135113036
JOHOR27158120093
MELAKA252109109034
PAHANG25016572013
SARAWAK24236155051
PERAK1841602103
SABAH1784696036
KELANTAN1313273026
WP LABUAN117976032
PULAU PINANG1151858039
WP PUTRAJAYA3271906
TERENGGANU219408
PERLIS
JUMLAH KESELURUHAN6,4371,9012,853141,669

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 JUN 2021

No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring 
1Taman Desa An Nur Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 30 
2Banggol Chicha Ketereh Komuniti Kelantan Kota Bharu 10 21 
3Kampung Lada Komuniti Pahang Jerantut 24 121 
4Sungai Ling Komuniti Pahang Maran 14 37 
5Jalan Empat Bandar Baru Bangi Komuniti Selangor Hulu Langat 39 289 
6Cahaya Enam Komuniti Selangor Sabak Bernam 13 65 
7Kenawar 69 Komuniti Johor Segamat 19 72 
8Jalan Bidara Komuniti Johor Tangkak 10 13 
9Rimba Raja Komuniti Perak Perak Tengah 12 45 
10 Kampung Jelutong Komuniti Perak Kampar 13 42 
11Muhibbah Menggatal Komuniti Sabah Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran 42 277 
12Nanga Belungai Komuniti Sarawak Tatau 13 51 
13Jalan Putra Sembilan Komuniti WP Putrajaya Putrajaya 12 17 
14Industri Balakong Sembilan Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 20 80 
15Jalan PJS Lapan Tempat Kerja Selangor Petaling 17 28 
16Tapak Bina Sunsuria City Tempat Kerja Selangor Sepang 34 81 
17Industri Sungai Chua Satu Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 11 64 
18Jalan Alor Setar Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras 71 
19Tapak Bina Jalan Choo Cheng Kay Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 12 48 
20Tapak Bina Jalan Tun Razak Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 25 31 
21Industri Lorong Bunga Tanjung Satu Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson, dan Rembau 101 184 
22Jalan Dataran Segar Tempat Kerja Negeri Sembilan Port Dickson dan Seremban 46 99 
23Jalan TJ 2 Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban 49 225 
24Industri Benus Tempat Kerja Pahang Bentong dan Raub 73 449 
25Jalan Jaya Temerloh Tempat Kerja Pahang Temerloh dan Maran 15 111 
26Jalan Pee Kang Hai Kumpulan Berisiko  Tinggi Johor Segamat 29 32 
27Jalan Tanggilan Institusi Pendidikan  Swasta Berdaftar di Bawah KPM WP Putrajaya dan Selangor Putrajaya dan Kuala Langat 39 





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED