Pemilihan PKR: Adam Adli tewas Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya
Sinar Harian
13/04/2025

Adam Adli hanya mampu meraih 791 undi berbanding Zamzizul yang mendapat 1,905 undi. - Gambar fail
MELAKA: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim gagal dalam percubaannya merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya apabila tewas kepada pencabarnya, Zamzizul Nordin.
Beliau hanya mampu meraih 791 undi berbanding Zamzizul yang mendapat 1,905 undi.
Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Cabang Hang Tuah Jaya turut menyaksikan Lee Kah Kim memenangi jawatan Naib Ketua apabila memperoleh 2,064 undi, manakala pencabarnya, David Ong Wai Leong mendapat 646 undi.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menang Ketua Cabang Hang Tuah Jaya menewaskan penyandang Mohd Rafee Ibrahim.
Shamsul Iskandar yang merupakan bekas Naib Presiden PKR menang dengan 1,995 undi menewaskan Mohd Rafee yang memperoleh 736 undi.
Mengikut data rasmi, PKR cabang Hang Tuah Jaya mempunyai seramai 3,558 ahli yang layak mengundi. - Sinar Harian
Pemilihan PKR: Altimet menang Ketua Cabang Ampang, tewaskan Timbalan Speaker DUN
Sinar Harian
13/04/2025

Altimet memperoleh 1,926 undi, menewaskan dua pencabarnya, Mohd Kamri Kamaruddin, yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (1,637 undi), dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang menerima 236 undi.
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, diumumkan sebagai pemenang jawatan Ketua Cabang Keadilan Ampang dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Beliau lebih mesra dengan nama Altimet memperoleh 1,926 undi, menewaskan dua pencabarnya, Mohd Kamri Kamaruddin, yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (1,637 undi), dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang menerima 236 undi.
Daripada 4,636 ahli yang layak mengundi, sebanyak 3,815 kertas undi telah dikeluarkan, menunjukkan tahap penyertaan yang memberangsangkan dalam pemilihan kali ini.
Kemenangan tersebut memperkukuhkan kedudukan Altimet dalam arena politik arus perdana, khususnya dalam memperjuangkan suara akar umbi di Ampang.
Beliau sebelum ini mula menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat bagi DUN Lembah Jaya selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Negeri Selangor 2023.
Sebagai ADUN, beliau aktif memperjuangkan pelbagai isu rakyat termasuk pembangunan komuniti, pendidikan, kesenian dan belia, sejajar dengan latar belakangnya sebagai aktivis dan bekas artis yang lantang menyuarakan kepentingan sosial. - Sinar Harian

Pemilihan PKR: Rafizi terajui cabang Pandan, Abdullah Sani tewas
Sinar Harian
13/04/2025

Rafizi (kiri), Abdullah Sani (kanan).
SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berjaya menumbangkan lawannya dan memenangi jawatan Ketua Cabang Keadilan Pandan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Kemenangan ini menjadi tumpuan ramai dan dijangka memberikan impak yang signifikan terhadap landskap politik Selangor dan nasional.
Berdasarkan keputusan rasmi diumumkan, daripada 1,771 ahli yang layak mengundi di Cabang Pandan, sejumlah 1,334 kertas undi telah dikeluarkan.
Rafizi berjaya meraih sokongan padu dengan memperolehi 883 undi, jauh meninggalkan pencabarnya, Shahrom Musa yang hanya meraih 441 undi.
Kemenangan besar itu bukan sahaja menunjukkan kepercayaan yang mendalam daripada ahli-ahli Cabang Pandan terhadap visi dan kepimpinan Rafizi, tetapi juga dilihat sebagai satu isyarat jelas akan keinginan perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan parti di peringkat akar umbi.
Sementara itu, perkembangan mengejutkan berlaku dalam pemilihan Ketua Cabang Keadilan Kapar bagi penggal 2025–2028 apabila bekas Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid gagal mempertahankan pengaruhnya dan tewas dalam persaingan sengit merebut jawatan tersebut.
Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan, daripada 4,660 ahli yang layak mengundi di Cabang Kapar, sebanyak 3,020 kertas undi telah dikeluarkan.
Keputusan akhir menunjukkan Abdullah Sani hanya meraih 618 undi, jauh di belakang pemenang, Azizi Ayob yang memperoleh 1,580 undi.
Turut bertanding ialah Muhammad Huzaini Muhammad Rasid dengan 331 undi dan M Mathuraiveeran Marimuthu dengan 477 undi.
Kekalahan Abdullah Sani yang sebelum ini merupakan tokoh penting dan wakil rakyat Kapar pastinya mengejutkan banyak pihak.
Beliau telah lama berkhidmat dan memiliki pengaruh yang signifikan di kawasan itu dan kegagalannya untuk memenangi jawatan Ketua Cabang telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai perubahan sokongan dan dinamika politik di peringkat akar umbi PKR Kapar. - Sinar Harian

Pemilihan PKR: Timbalan menteri kalah rebut timbalan ketua cabang, Shamsul Anuar menang pula besar
Astro awani
13/04/2025

Shamsul Iskandar menang besar dengan memperoleh 1,995 undi pada pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya manakala Adam Adli tewas merebut Timbalan Ketua Cabang itu.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menang besar dengan memperoleh 1,995 undi pada pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya, semalam.
Bekas Timbalan Menteri Industri Utama itu menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Mohd Rafee Ibrahim yang hanya meraih 736 undi.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim gagal dalam percubaannya merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang itu apabila tewas kepada pencabarnya.
Beliau hanya mampu meraih 791 undi berbanding Zamzizul Nordin yang mendapat 1,905 undi.
Pemilihan kepimpinan PKR bagi Cabang Hang Tuah Jaya turut menyaksikan Lee Kah Kim memenangi jawatan Naib Ketua apabila memperoleh 2,064 undi, manakala pencabarnya, David Ong Wai Leong mendapat 646 undi.
Ini menunjukkan pasukan Shamsul Iskandar berjaya ‘sapu bersih’ jawatan tertinggi parti cabang terbabit, sekali gus menunjukkan kempen menerusi moto 'Keadilan Memimpin' menang cemerlang pada pemilihan kali ini.
Mengikut data rasmi, PKR cabang Hang Tuah Jaya mempunyai seramai 3,558 ahli yang layak mengundi.