Translate

13 April 2025

Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan Tahun Baharu Tamil



Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan Tahun Baharu Tamil

Bernama

13/04/2025


Seri Paduka Baginda bertitah bahawa keharmonian dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa, adalah tunjang kemakmuran negara. - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa keharmonian dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa, adalah tunjang kemakmuran negara.

"Moga tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya," titah Seri Paduka Baginda.

Tahun Baharu Tamil akan disambut esok, dengan komuniti Tamil akan meraikan Chittirai Puthandu, masyarakat Malayalee menyambut Vishu, manakala kaum Sikh akan memperingati Vaisakhi.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED