Translate

31 March 2025

Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK direman



Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK direman

Bernama

31/03/2025


Kemalangan melibatkan lima kenderaan, menyebabkan tiga individu maut dan empat lagi cedera, termasuk dua kanak-kanak. -Gambar fail/Bernama


KUANTAN: Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dalam kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan semalam.

Seorang pemandu lori direman empat hari untuk membantu siasatan kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang mengorbankan tiga sekeluarga.

Kemalangan melibatkan lima kenderaan, menyebabkan tiga individu maut dan empat lagi cedera, termasuk dua kanak-kanak.

Punca kematian ketiga-tiga mangsa adalah kecederaan otak traumatik.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata lelaki berusia 52 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong petang semalam.

"Pemandu terbabit mempunyai empat rekod saman lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga individu maut manakala empat lagi cedera dalam nahas yang melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah lori, Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan kereta Subaru.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Honda Accord iaitu seorang lelaki Wong Kean Yeap, 29, dan kakaknya Wong Hwee Moon,34, serta ibu mereka Lee Lai Cheng, 61, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga lagi penumpang kereta berkenaan iaitu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lima serta tiga tahun cedera dalam kemalangan itu dan dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.

Turut tercedera ialah kelindan lori berusia 29 tahun, manakala pemandu dan penumpang kenderaan lain terselamat.

Zaiham memaklumkan punca kematian ketiga-tiga mangsa disebabkan kecederaan otak traumatik.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga iPhone mungkin catat kenaikan harga ketara |' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Wilmington viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JPJ sita Lamborghini dipandu warga China tanpa les' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk Hussein Omar Khan appointed as the new Selan' 2 hrs 44 mins ago