Translate

28 March 2025

Taktik penipuan menyamar pegawai AADK dikesan, keluarga klien perlu waspada



Taktik penipuan menyamar pegawai AADK dikesan, keluarga klien perlu waspada

Bernama

28/03/2025


AADK dalam kenyataan memaklumkan pelaku penipuan itu didakwa bertindak memeras ugut keluarga klien dengan mengancam tindakan tegas sekiranya mereka tidak membayar sejumlah wang tertentu. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini mengesahkan bahawa terdapat penipuan dalam talian menyamar sebagai pegawai agensi itu dengan modus operandi menyasarkan keluarga klien yang sedang menjalani program rawatan dan pemulihan.

AADK dalam kenyataan memaklumkan pelaku penipuan itu didakwa bertindak memeras ugut keluarga klien dengan mengancam tindakan tegas sekiranya mereka tidak membayar sejumlah wang tertentu.

"Setakat ini, AADK mengesan dua kes melibatkan panggilan telefon dan e-mel yang dihantar terus kepada keluarga klien. Namun tiada mangsa penipuan dilaporkan sehingga kini kerana keluarga klien segera merujuk kepada Pusat Gerakan Hotline (PGH) AADK untuk pengesahan lanjut.

"AADK ingin menasihati ahli keluaga atau penjaga klien yang menerima panggilan atau e-mel mencurigakan agar terus menghubungi pegawai pemulihan AADK di daerah, negeri atau ibu pejabat sebelum sebarang tindakan dibuat," menurut kenyataan itu.

Agensi itu turut menasihati keluarga klien supaya tidak melakukan transaksi pemindahan wang kepada mana-mana individu atau nombor akaun yang mencurigakan dan membuat laporan polis dengan segera.

"AADK komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan klien serta keluarga atau penjaga daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian," katanya.

Orang ramai juga diminta sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik licik penipuan yang menyalah guna nama AADK untuk kepentingan peribadi.

Mereka yang menjadi mangsa penipuan disaran membuat laporan polis dengan segera dan melaporkan kejadian itu kepada AADK melalui pejabat berhampiran atau menghubungi talian bebas tol PGH AADK di 1-800-22-2235 atau melalui aplikasi WhatsApp di 019-626 2233.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 4 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 4 hrs 43 mins ago