Translate

01 April 2025

Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak jualan mercun



Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak jualan mercun

Bernama

01/04/2025


Polis menahan 10 lelaki berumur 15 hingga 41 tahun yang terlibat dalam pergaduhan di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas. -Gambar fail


GEORGE TOWN: Polis menahan 10 lelaki disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini malam tadi.

Polis menahan 10 lelaki berumur 15 hingga 41 tahun yang terlibat dalam pergaduhan di tapak penjualan mercun di Sungai Ara, Bayan Lepas.

Pergaduhan berpunca daripada perselisihan tapak penjualan mercun antara dua premis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dan suspek direman tiga hari hingga 3 April.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata punca kejadian disebabkan perselisihan tapak penjualan mercun antara dua premis menjual mercun di kawasan terbabit.

"Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bersama Balai Polis Bayan Lepas telah ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kes pergaduhan itu kira-kira pukul 10.15 malam.

"Polis telah berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh yang singkat susulan tangkapan sebanyak 10 lelaki yang berumur antara 15 hingga 41 tahun dipercayai terbabit dalam insiden itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sazalee berkata kesemua suspek direman tiga hari hingga 3 April dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu, beliau juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dalam media sosial mengenai insiden pergaduhan yang melibatkan sekumpulan lelaki.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 7 secs ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 52 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 7 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 13 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fahmi mahu syarikat telekomunikasi kemuka penyeles' 19 mins ago