Translate

01 April 2025

Suami maut kemalangan, tak sempat sambut ulang tahun perkahwinan



Suami maut kemalangan, tak sempat sambut ulang tahun perkahwinan

Bernama

01/04/2025


Sepasang suami isteri tidak sempat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada hari ini setelah kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan. - Foto Sinar Harian


KLUANG: Sepasang suami isteri tidak sempat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada hari ini setelah kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Renggam-Layang-Layang di sini kira-kira pukul 8 malam semalam.

Kemalangan melibatkan kereta Honda City dipandu mangsa Muhammad Amiruddin Kamalruzaman, 29, bertembung dengan sebuah Honda Stream sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala isterinya Nor Syahirah Abu Zaki, 30, cedera pada bahagian kaki.

Nor Syahirah berkata kemalangan berlaku semasa beliau bersama arwah suami serta anak mereka yang berusia setahun dalam perjalanan ke Kluang selepas beraya di rumah saudaranya di Pontian.

Beliau berkata turut berada dalam kereta berkenaan adalah ibu Foziah Ridzuan, 60, abang Ahmad Zhafir, 34 dan adiknya Nur Hafizah, 27, selain mereka juga berkonvoi bersama enam kenderaan lain.

"Sebelum ini kami (bersama suami) merancang untuk bercuti ke Kuala Lumpur sambil menyambut ulang tahun perkahwinan keempat hari ini, selain hari kelahiran saya pada 6 April dan suami pada 7 April.

"Antara tempat yang dirancang untuk kami lawati adalah Zoo Negara, I-City Shah Alam dan beberapa tempat lain, namun Allah lebih menyayangi suami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini hari ini.

Nor Syahirah berkata beliau tidak menyangka kata-kata arwah suaminya yang memberitahu dia tidak lagi berniaga selepas hari terakhir Ramadan lepas menjadi kenyataan.

Beliau berkata suaminya itu mendapat kerja lain dan akan bermula pada minggu depan setelah tiga tahun mereka berniaga ayam goreng di Kampung Melayu Kluang dan di tapak bazar Ramadan pada bulan puasa.

"Mulanya saya ingatkan ia sekadar hendak memberitahu saya yang dia menerima tawaran kerja baharu rupanya itu sebagai petanda dia nak pergi selama-lamanya," katanya.

Dalam pada itu, pihak keluarga memberitahu jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong Kluang di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh memaklumkan kemalangan yang berlaku turut mengakibatkan 14 mangsa lain cedera selepas dua kenderaan bertembung, dan hasil siasatan awal mendapati Honda Stream dalam perjalanan dari arah Renggam ke Layang-Layang, manakala Honda City dari arah berlawanan.

"Ketika tiba di lokasi, Honda Stream dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Honda City," katanya

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 22 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 54 mins ago