Translate

27 March 2025

Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB akibat aliran dana ke akaun peribadi - Saksi



Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB akibat aliran dana ke akaun peribadi - Saksi

Bernama

27/03/2025


Najib, menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan jawatannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), R Rajagopal memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dikenal pasti sebagai suspek dalam siasatan Bukit Aman terhadap dana kekayaan berdaulat tersebut.

Rajagopal yang merupakan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, memberi keterangan perkara itu disebabkan adanya aliran masuk wang daripada 1MDB ke akaun bank peribadi Najib.

"Pada awalnya, bekas perdana menteri itu bukan suspek ketika siasatan bermula pada tahun 2015. Ketika itu masih terlalu awal kerana kami belum merekodkan kenyataan daripada ramai saksi, termasuk ahli lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB,” kata saksi itu.

Saksi pembelaan ke-11 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan Najib berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Rajagopal berkata, Najib tidak didakwa atas kesalahan pecah amanah jenayah (CBT) yang berkaitan dengan 1MDB.

Ahmad Akram: Semasa anda mengambil kenyataan daripada saksi dalam kes ini, adakah ada yang menyebut nama Najib?

Rajagopal: Ya, beberapa saksi menyebut nama Najib berulang kali.

Rajagopal turut mengingat semula laporan awal polis dibuat bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang membawa kepada siasatan CBT.

Laporan itu berdasarkan pendedahan media mengenai isu tadbir urus di 1MDB, yang menyebabkan dana kekayaan berdaulat Malaysia itu menanggung hutang berbilion ringgit.

Pada 30 Oktober tahun lepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan jawatannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung pada 7 April.

- Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat Cedera Lantai Rumah Runtuh Ketika Beraya | B' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita di' 27 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 30 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'KL court official called back to court for trial |' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Laporan insiden lelaki OKU maut digilis tren dihan' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PDRM kekal teguh jaga keamanan' 40 mins ago