Translate

27 March 2025

Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pelabuhan Pulau Pinang



Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pelabuhan Pulau Pinang

Bernama

27/03/2025


Tourism Malaysia memaklukan kunjungan ke SPCT itu ialah sebahagian daripada pelayaran sulung Queen Anne yang merangkumi lebih 30 destinasi ke lebih 20 negara. - Gambar www.cunard.com


GEORGE TOWN: Kapal mewah terbaharu Cunard, Queen Anne dari Southampton, United Kingdom, membuat persinggahan sulung di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di Pelabuhan Pulau Pinang di sini hari ini, menandakan pencapaian penting dalam industri pelancongan kapal persiaran Malaysia.

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklukan kunjungan ke SPCT itu ialah sebahagian daripada pelayaran sulung Queen Anne yang merangkumi lebih 30 destinasi ke lebih 20 negara sekali gus meraikan kedudukan Malaysia dalam pasaran pelancongan kapal persiaran mewah global yang semakin menonjol dan keupayaannya menarik kapal persiaran bertaraf dunia.

Menurut kenyataan itu, kapal Norwegian Sun turut berlabuh di Pulau Pinang pada 30 Mac ini bagi melengkapkan ketibaan Queen Anne sekali gus mengukuhkan status Malaysia sebagai destinasi kapal persiaran utama.

"Norwegian Sun sedang dalam pelayaran merentas lautan selama 17 malam dengan jangkaan 3,950 penumpang dari Singapura ke Cape Town, dengan jadual perjalanan menarik melibatkan beberapa pelabuhan strategik termasuk Pulau Pinang, Port Louis (Mauritius) dan Pelabuhan Durban di Afrika Selatan," menurut kenyataan itu.

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Yeoh Soon Hin menghadiri majlis sambutan kapal berkenaan yang turut menampilkan persembahan kebudayaan Malaysia serta pemberian cenderamata tempatan kepada kira-kira 5,094 penumpang di atas kapal.

Dalam pada itu, Yeoh dalam kenyataan sama berkata persinggahan sulung itu memberikan peluang istimewa untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelancong antarabangsa serta memaparkan warisan budaya yang kaya, pemandangan menakjubkan dan keramahan rakyatnya sekali gus mendorong mereka untuk kembali dan meneroka negara ini semasa kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pelabuhan Pulau Pinang menerima kunjungan beberapa kapal persiaran antarabangsa baru-baru ini termasuk Azamara Pursuit, MS Blue Dream Melody, AIDAStella dan Norwegian Sky.

Pada 2024, SPCT mengendalikan sebanyak 1,046,165 penumpang termasuk 650,518 penumpang transit antarabangsa dan 4,840 penumpang pelabuhan tempatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed '36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ' 15 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 23 mins ago
A visitor from Washington viewed 'President Donald Trump Gives His First Interview w' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 32 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 39 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 56 mins ago