Translate

29 March 2025

Hajat sesi foto raya keluarga tidak kesampaian



Hajat sesi foto raya keluarga tidak kesampaian

Bernama

29/03/2025


Jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Kluang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang Kampung Makam. - Foto BERNAMA


KOTA TINGGI: Hajat untuk mengadakan sesi foto raya beramai-ramai tidak kesampaian apabila tiga daripada ahli keluarga maut dalam nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kluang, pada Khamis.

Nur Hafiza Bani, 36, berkata adiknya, Siti Khazira Bani, 35, bersama suami, Nasaarudin Pardi, 36, dan anak mereka yang berusia dua tahun maut ketika dalam perjalanan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah ibu bapa di Taman Kota Jaya di sini bagi menyambut Aidilfitri.

"Sepatutnya kami sekeluarga ada sesi foto raya pada 10 pagi tadi, tetapi tidak kesampaian. Mereka bertolak dari Bukit Jalil selepas isyak. Kira-kira 11.30 malam, adik lelaki saya ada bertanya kepada dia sama ada jalan sesak atau tidak namun dia tidak membalas mesej. Saya mula rasa tidak sedap hati kerana dia seorang yang tak pernah tak balas mesej kami.

"Malah, dia seorang yang tidak akan tidur dan akan sentiasa teman suaminya sepanjang pemanduan. Dia juga tidak pernah kehabisan bateri telefon bimbit jika hendak berjalan jauh. Kira-kira 3 pagi ada orang telefon maklumkan mereka terlibat kemalangan," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman ibu bapanya.

Nur Hafiza berkata adiknya mempunyai empat cahaya mata dan yang maut dalam nahas itu anak bongsu manakala dua lagi anak adiknya masih dirawat di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Seorang lagi ada di rumah neneknya di sini. Soal penjagaan anak-anak arwah kami tiada masalah untuk menjaga ketiga-tiganya tambahan pula mereka semua rapat dengan nenek di sini," katanya sambil menambah kali terakhir mereka berjumpa adalah pada minggu pertama Ramadan dan sempat berbuka puasa bersama-sama.

Nur Hafiza yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu berkata jenazah adik, suami dan anak buahnya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh dilapor berkata lima termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM58.1 PLUS, Kluang, 11.30 malam tadi.

Bahrin berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila lori hilang kawalan akibat tayar pecah dan bergesel dengan Toyota Camry sebelum masuk ke laluan bertentangan serta melanggar Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada yang dinaiki pasangan suami isteri serta anak-anaknya.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pemandu lori ditahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Adik Abam Bocey Ali Puteh Membuat Penjelasan Isu K' 9 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 27 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 3 hrs 12 mins ago