Translate

01 April 2025

Kebakaran paip gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi



Kebakaran paip gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Bernama

01/04/2025


Beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat gigih berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa, yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan kesukaran bernafas. - Gambar Bernama


SUBANG JAYA: Setakat 10.35 pagi, kira-kira 25 mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi ini menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.

Tinjauan Bernama di kawasan kuil berkenaan mendapati, beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat gigih berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa, yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan kesukaran bernafas.

Difahamkan lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Beliau berkata, beberapa rumah turut terbakar dalam kejadian itu.


-- BERNAMA









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal govt channels RM14.7 mln to Selangor for d' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rape and incest reports surge 22 per cent in Kelan' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wall St leaps after Trump announces 90-day tariff ' 11 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Barcelona Thump Dortmund as Aston Villa falls to P' 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia, Turkiye setuju kukuhkan kerjasama bidang' 26 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bapa Erda Ezrin harap dapat sambut Hari Raya Aidil' 27 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 28 mins ago