Translate

09 April 2025

Mahkamah Persekutuan tolak semakan Kerajaan Perlis kembalikan status Islam anak Loh

 




Mahkamah Persekutuan tolak semakan Kerajaan Perlis kembalikan status Islam anak Loh

Bernama

08/04/2025


Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, menyampaikan keputusan sebulat suara itu bersama-sama Hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. - Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama Islam membabitkan tiga anak Loh Siew Hong.

Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, menyampaikan keputusan sebulat suara itu bersama-sama Hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

"Kami mendapati tiada merit dalam permohonan ini dan pemohon tidak memenuhi syarat ambang yang ditetapkan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. Tiada ketidakadilan berlaku. Oleh itu, permohonan ini ditolak tanpa perintah kos," kata Hakim Hasnah.

Peguam A. Srimurugan mewakili Loh manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili kerajaan Perlis.

Kerajaan Negeri Perlis memfailkan permohonan semakan itu kepada Mahkamah Persekutuan pada 30 Okt tahun lepas untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang menafikan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan tiga pihak lagi.

Kerajaan negeri mendakwa keputusan itu telah menjejaskan hak mereka untuk didengar dan memohon pendengaran semula bagi kebenaran merayu.

Permohonan itu bagaimanapun, ditolak pada 14 Mei tahun lepas, menghalang pemohon termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin daripada meneruskan rayuan mereka.

Loh pula memfailkan afidavit bagi membantah permohonan itu.

Pada 10 Jan 2024, Mahkamah Rayuan membatalkan penukaran agama anak-anak Loh kepada Islam dan mengisytiharkan mereka beragama Hindu. Keputusan itu telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023 yang sebelum ini menolak semakan kehakiman Loh untuk membatalkan penukaran agama anaknya.

Ibu tunggal berusia 37 tahun itu memfailkan semakan kehakiman pada 25 Mac 2022, memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan mendakwa bekas suaminya M. Nagahswaran, yang memeluk Islam, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran Loh.

Tiga kanak-kanak itu yang sebelum ini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, diserahkan semula kepada Loh pada 21 Feb 2022 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bandar baru bangi viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 49 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Silver spring viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 55 mins ago