Translate

09 April 2025

Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ejen pengeluaran motosikal sitaan polis



Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ejen pengeluaran motosikal sitaan polis

Bernama

08/04/2025


Penahanan itu susulan laporan oleh seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang mendakwa menjadi mangsa kes penipuan berkenaan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Dua lelaki termasuk dalang utama yang disyaki terlibat sindiket penipuan menyamar sebagai ejen pengeluaran motosikal sitaan polis, ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata penahanan itu susulan laporan oleh seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang mendakwa menjadi mangsa kes penipuan berkenaan.

Beliau berkata mangsa telah ditahan dalam satu operasi trafik pada Sabtu lepas (5 April) di Jalan Tun Razak dan motosikal miliknya telah disita atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

"Sewaktu berada di luar Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa telah didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan untuk membantu mengeluarkan motosikal sitaan dengan bayaran tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata mangsa kemudiannya menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,400 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max kepada suspek kononnya bagi tujuan bayaran saman dan pembaharuan insurans sebelum lelaki itu melarikan diri.




Bagaimanapun, beliau berkata suspek dan seorang lelaki ditahan polis pada 6 April dan merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit milik mangsa, borang sitaan PDRM, dadah jenis syabu, serta sebuah kenderaan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

Mohd Zamzuri menasihati orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan individu tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan berkaitan pengeluaran kenderaan sitaan atau urusan saman dan semua urusan berkaitan perkara itu hendaklah dibuat secara rasmi di kaunter yang sah, bukannya melalui orang tengah.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 40 mins ago