Translate

08 April 2025

Malaysia lokasi penting pelaburan Sweden, 97 projek setakat 2024 - Tengku Zafrul



Malaysia lokasi penting pelaburan Sweden, 97 projek setakat 2024 - Tengku Zafrul

Bernama

08/04/2025


Tengku Zafrul (kanan) mengadakan pertemuan dengan Duta Besar baharu Sweden ke Malaysia, Niklas Wiberg. - Gambar X @tzafrul_aziz


KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan antara lokasi penting bagi pelaburan Sweden dengan mencatat sebanyak 97 projek perkilangan setakat 2024 yang bernilai RM7.77 bilion.

Ketika berkongsi pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelaburan itu juga telah mewujudkan sebanyak 5,982 peluang pekerjaan.

"Pada tahun lepas, nilai dagangan dua hala kita mencecah RM3.58 bilion, bukti kukuhnya kerjasama ekonomi Malaysia-Sweden," kata beliau dalam catatan terbaharunya di laman sosial X yang juga sebagai mengalu-alukan kehadiran Duta Besar baharu Sweden ke negara ini, Niklas Wiberg.

"Kita harap hubungan ekonomi Malaysia dan Sweden akan terus berkembang demi manfaat bersama," katanya.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 30 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 6 hrs 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 55 mins ago