Translate

08 April 2025

Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh dengan mata wang utama lain



Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh dengan mata wang utama lain

Bernama

08/04/2025


Pada 8.05 pagi ini, ringgit susut kepada 4.4900/5100 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.

Perkembangan itu mendorong peniaga dan pelabur untuk mengambil pendirian yang lebih berhati-hati di pasaran.

Susulan itu, pada 8.05 pagi ini, ringgit susut kepada 4.4900/5100 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur meningkat kepada 103.26 mata berikutan permintaan terhadap dolar yang dilihat sebagai aset selamat, terus meningkat.

"Ringgit turun 1.04 peratus berbanding Dolar AS semalam untuk ditutup pada RM4.4835," katanya kepada Bernama.

Dari sudut teknikal, katanya, ringgit menuju ke arah kedudukan lebihan jualan dengan paras sokongan dan rintangan masing-masing pada RM4.4463 dan RM4.5293.

"Ringgit juga berkemungkinan terus berada dalam zon kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini susulan kebimbangan terhadap tarif timbal balas AS dan sama ada negara-negara terbabit dapat mencapai persetujuan lebih baik dengan Washington.

"Ketidaktentuan sedemikian akan menjadikan peniaga dan pelabur berhati-hati," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0385/0522 daripada 3.0655/0704.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.9044/9263 daripada 4.9100/9172 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7207/7462 daripada 5.7491/7575 semalam.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.9350/13.0080 daripada 12.9128/9408, turun berbanding rupiah Indonesia pada 266.9/268.1 daripada 266.1/266.6 semalam dan rendah berbanding peso Filipina pada 7.81/7.85 daripada 7.79/7.81.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3210/3360 daripada 3.3228/3281 sebelum ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 34 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 36 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 2 hrs 10 mins ago