Translate

08 April 2025

Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Malaysia



Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Malaysia

Bernama

08/04/2025


Kenderaan EV itu juga mencatat pencapaian baharu menerusi penghantaran sebanyak 1,853 unit bagi tempoh suku pertama tahun ini. - Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen itu selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025, sekali gus menjadikannya model EV terlaris di negara ini.

Dalam kenyataannya, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat pengeluar kereta nasional Proton berkata sebanyak 797 unit Proton e.MAS 7 berjaya dijual pada Mac lepas.

Kenderaan EV itu juga mencatat pencapaian baharu menerusi penghantaran sebanyak 1,853 unit bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET Zhang Qiang berkata pegangan pasaran model itu setakat tahun ini mencecah 30 peratus yang mengukuhkannya di kedudukan pertama EV di Malaysia.

"Pencapaian itu menjadi pendorong untuk kami dalam menawarkan produk berkualiti serta pengalaman terbaik untuk pelanggan.

"Matlamat kami bukan hanya sekadar menjual kereta tetapi ingin membangunkan ekosistem berserta infrastruktur pengecasan EV yang lengkap di Malaysia" katanya.

Kajian terkini oleh PRO-NET juga menunjukkan tiga alasan utama pelanggan memilih Proton e.MAS 7 merangkumi nilai berbaloi dengan harga ditawarkan, ruang kabin dan ruang bagasi yang luas serta ciri-ciri inovatifnya.

PRO-NET berkata selain direka untuk rakyat Malaysia dengan harga mampu milik, pelbagai ciri terbaik termasuk ruang kabin dan bagasi yang luas serta ciri inovatifnya juga menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai pilihan pelanggan.

Ekosistem pengecasan dengan aplikasi Proton e.MAS 7 turut memudahkan akses kepada lebih 2,300 lokasi pengecasan awam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'U.S. citizen hijacking plane in Belize killed by a' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Nearly 45,000 Manchester United-ASEAN All Stars ti' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 1 hr 58 mins ago