Translate

08 April 2025

Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2,000kg minyak masak paket



Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2,000kg minyak masak paket

Bernama

08/04/2025


Hakim turut memerintahkan Abu Bakar Abdul Rahman, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.


KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyembunyikan 2,210 kilogram (kg) minyak masak, tahun lepas.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli turut memerintahkan Abu Bakar Abdul Rahman, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Lelaki itu didakwa menyembunyikan minyak masak paket jenama Kelapa Dua dengan tujuan menahannya daripada dijual di pasaran pada 1.38 tengah hari, 31 Jan tahun lepas di premisnya di Marang.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah, manakala Abu Bakar tidak diwakili peguam.

Wan Mohd I'zzat memohon mahkamah menjatuhkan denda RM15,000 kerana kesalahan lelaki itu adalah serius, mengambil kira kesukaran pengguna mendapatkan barangan itu di pasaran sehingga dihadkan pembelian dua paket bagi setiap pembeli.

Bagaimanapun Abu Bakar merayu hukuman rendah kerana menanggung keluarga dan kedudukan semasa ekonomi syarikat yang membayar gaji serta bonus pekerja sempena perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Pada kes berasingan di mahkamah sama, seorang pemandu lori didenda RM15,000 atau jika gagal penjara enam bulan, setelah mengaku bersalah berurusan dengan barang kawalan iaitu minyak diesel sebanyak 1,677.1 liter secara runcit atau borong tanpa lesen, dua tahun lepas.

Mohd Rozi Mohd Zain, 39, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.55 pagi, 6 Julai 2023 di sebuah stesen minyak di Paka, Dungun dengan pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.

Mahkamah turut memerintahkan tiga rakan Mohd Rozi iaitu Hasdi Mustapa, 33, Hasrul Azly Mustapa, 44, dan Mohamad Saufi Abdull Ghapa, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Wan Mohd I'zzat mengendalikan pendakwaan manakala Mohd Rozi diwakili peguam Mohd Zaiful Bahrin Kamde.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 29 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 30 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 30 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 30 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 30 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 30 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 53 mins ago