Translate

08 April 2025

Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarters



Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarters

Bernama

08/04/2025


Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumahnya, tanpa kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan.


KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA di sini, semalam.

Seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA, dipercayai telah meninggal dunia antara tiga ke empat hari lepas.

Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumahnya, tanpa kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan.

Mangsa menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar dua tahun lepas, serta masih mengambil ubat bagi penyakit tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima maklumat pada 11 malam dengan mangsa berusia 42 tahun dipercayai telah meninggal dunia antara tiga ke empat hari lepas.

"Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumah di tingkat enam kuarters kem berkenaan. Lelaki itu tinggal bersendirian dan ditemukan oleh dua rakan yang mencarinya bagi tugasan operasi hari ini.

"Pintu rumah terpaksa dipecahkan kerana mangsa gagal menjawab telefon. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata adik mangsa memaklumkan abangnya menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar pada dua tahun lepas, serta masih mengambil ubat bagi penyakit tersebut.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 1,270 PATI Ditahan | BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Television director Loh Kok Hong is not a nudist b' 44 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Television director Loh Kok Hong is not a nudist b' 46 mins ago