Translate

08 April 2025

SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kelantan



SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kelantan

Bernama

07/04/2025


Menurut sumber, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di pejabatnya oleh sepasukan pegawai SPRM. - BERNAMA


KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang bernilai kira-kira RM100,000.

Menurut sumber, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di pejabatnya oleh sepasukan pegawai SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Gua Musang pagi esok.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 6 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 6 hrs 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 37 mins ago