Translate

08 April 2025

Sambutan hari TVET negara pada 11 hingga 13 Jun di Melaka



Sambutan hari TVET negara pada 11 hingga 13 Jun di Melaka

Bernama

08/04/2025


Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 1/2025 di Putrajaya hari ini. -Facebook


PUTRAJAYA: Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Malaysia akan turut menganjurkan Dialog Polisi Serantau Majlis TVET ASEAN (ATC) pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Kuala Lumpur, sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa pembangunan bakat berkemahiran melalui TVET adalah tanggungjawab bersama dan penting untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata ia bakal menghimpunkan penyertaan daripada semua kementerian dan agensi berkaitan TVET serta pemain industri, sekali gus mencerminkan sinergi dan kebersamaan dalam merealisasikan agenda pemerkasaan TVET secara menyeluruh.

Ahmad Zahid berkata bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2025, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025 akan turut menganjurkan Dialog Polisi Serantau Majlis TVET ASEAN (ATC) pada 11 hingga 13 Jun 2025 di Kuala Lumpur.

"Penganjuran dialog serantau ini merupakan manifestasi komitmen Malaysia dalam memacu kerjasama serantau ke arah pembangunan modal insan berkemahiran serta memperkukuh jaringan antara negara anggota ASEAN dalam bidang TVET," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 1/2025 di Putrajaya hari ini, yang antara lain membincangkan pelbagai agenda strategik ke arah memperkukuh landskap TVET negara termasuk isu ketersediaan bakat tempatan.

"Beberapa kertas pemakluman telah dibentangkan termasuk inisiatif pembangunan teknousahawan TVET, status pelaksanaan Data Raya TVET, pelaksanaan penarafan tunggal program TVET dan dapatan penilaian akreditasi Program Diploma Vokasional Malaysia," katanya.

Ahmad Zahid dalam pada itu menegaskan agenda pembangunan bakat berkemahiran melalui TVET merupakan tanggungjawab bersama, justeru kerjasama bersepadu antara semua pihak termasuk kementerian, agensi, industri dan masyarakat adalah penting, bagi memastikan TVET kekal relevan dan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 4 hrs 20 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 5 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 5 hrs 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 43 mins ago