Translate

08 April 2025

Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal tanpa perakuan



Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal tanpa perakuan

Bernama

08/04/2025


Pemilik restoran Lim Beng Kee (kanan) mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah. - Foto Bernama


KOTA BHARU: Seorang pemilik restoran mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah.

Seorang pemilik restoran, Lim Beng Kee, mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah.

Pegawai Pendakwa menawarkan jaminan RM10,000, tetapi hakim mengurangkan jumlah itu kepada RM8,000 atas rayuan OKS yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Mei sebagai tarikh jatuh hukum bagi kes ini.

Lim Beng Kee, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.46 tengah hari 18 Nov 2024, di premis perniagaannya di Jalan Temenggong di sini.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Iman Masjuri menawarkan jaminan RM10,000, namun OKS yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana duitnya tidak mencukupi.

Hakim Zulkifli Abllah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mei sebagai tarikh jatuh hukum.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 1,270 PATI Ditahan | BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Television director Loh Kok Hong is not a nudist b' 44 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Television director Loh Kok Hong is not a nudist b' 46 mins ago