Translate

08 April 2025

Tarif Trump: Pengeluar kereta Jerman Audi hentikan sementara import ke AS - laporan



Tarif Trump: Pengeluar kereta Jerman Audi hentikan sementara import ke AS - laporan

Bernama

08/04/2025


Audi pada masa ini mempunyai lebih 37,000 kereta dalam stok di AS yang tidak terjejas oleh duti baharu itu. - Foto Reuters


MUNICH: Pengeluar kereta Jerman Audi menghentikan sementara aktiviti mengimport keretanya ke Amerika Syarikat (AS) sebagai respons kepada dasar tarif Presiden AS Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memetik memo dalaman kepada pengedar, majalah perdagangan Automobilwoche pada Isnin melaporkan yang keputusan itu terpakai kepada semua kereta yang dihantar ke pelabuhan AS selepas 2 April, apabila tarif 25 peratus ke atas kereta import berkuat kuasa.

Syarikat itu bagaimanapun masih belum mengulas mengenai laporan itu.

Audi pada masa ini mempunyai lebih 37,000 kereta dalam stok di AS yang tidak terjejas oleh duti baharu itu.

Menurut laporan itu, Audi sedang menganalisis kesan duti import ke atas perniagaannya.

Audi, yang berpangkalan di bandar Ingolstadt di selatan Jerman, adalah anak syarikat Kumpulan Volkswagen.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ini Tak Benar! Banyak Negara Sanggah AS Dakwa Mala' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pasangan Kekasih Ditahan Curi Barangan Kemas Lebih' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed '2,474 Bekas Ahli GISBH Jalani Program Pemulihan Ak' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KL CityWalk Launched - a variety of over 30 food a' 28 mins ago
A visitor from Sevastopol' viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 12 individu disyaki tawar pekerjaan ti' 44 mins ago