Translate

09 April 2025

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

Bernama

09/04/2025


Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4875/5050 berbanding dolar US daripada 4.4885/4930 ketika ditutup semalam.




Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kejutan disebabkan pengumuman tarif AS baru-baru ini terus menguasai sentimen pasaran.

Beliau berkata, para pegawai White House telah mengesahkan tarif 104 peratus ke atas barangan China terpilih akan diteruskan seperti yang dirancang manakala Beijing dijangka akan bertindak balas.

"Ketika ini, tahap ketidaktentuan terhadap kesan perang perdagangan yang berpotensi berlaku pada ekonomi global akan menjadi tumpuan utama," katanya kepada Bernama.

"Kenaikan tarif terhadap China akan menjejaskan industri yang dipacu eksport, mendorong lebih banyak langkah rangsangan untuk menyokong ekonomi.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka akan turut terjejas, memandangkan korelasi yang kukuh dengan yuan China, pada 78 peratus sejak 2015," katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0785/0907 daripada 3.0501/0533, turun berbanding euro kepada 4.9246/9438 daripada 4.9005/9055 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7368/7592 daripada 5.7210/7268.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8552/9139 daripada 12.8898/9094, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 265.6/266.8 daripada 265.7/266.1 dan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3169/3304 daripada 3.3224/3259 manakala ringgit berubah sedikit berbanding peso Filipina pada 7.83/7.86 daripada 7.83/7.84 sebelumnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 1 hr ago
A visitor from Rawang viewed 'BEST FBKL' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Frankfurt am main viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setiausaha Wanita DAP Selangor kekal bebas tuduhan' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 11 mins ago