Translate

09 April 2025

Polis tahan lelaki terlibat dua kes samun bersenjata kurang dua jam selepas terima laporan



Polis tahan lelaki terlibat dua kes samun bersenjata kurang dua jam selepas terima laporan

Bernama

09/04/2025


Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kejadian samun bersenjatakan parang dalam tempoh kurang dua jam selepas insiden itu dilaporkan, Jumaat lepas. - Gambar hiasan


KULAI: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kejadian samun bersenjatakan parang dalam tempoh kurang dua jam selepas insiden itu dilaporkan, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, pada hari berkenaan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang wanita warga Indonesia disamun di kawasan belakang bangunan sebuah restoran di Jalan Seri Putra, di sini, kira-kira 8.26 pagi.

Beliau berkata, wanita berumur 52 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian lengan kiri akibat ditetak dengan senjata disyaki parang itu telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk menerima rawatan dan keadaannya stabil.

"Pada hari sama, kita turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 36 tahun mengenai kejadian samun bersenjatakan parang di Jalan Impian Senai Utama, Taman Impian Senai kira-kira 8.45 pagi.

"Susulan maklumat dan tindakan segera, anggota 'Task Force' dari Balai Polis Mutiara Rini berjaya menahan seorang lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai-Gelang Patah, kira-kira 10.05 pagi, " katanya dalam kenyataan.

Tan berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berumur 40 tahun itu polis menemukan sejumlah barangan mencurigakan dalam beg galas yang dibawa dan siasatan mendapati suspek terlibat dalam dua kejadian samun yang dilaporkan pada 4 April di Kulai.

"Antara barangan yang dirampas ialah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR, beberapa beg tangan, beg galas, dompet, sejumlah telefon bimbit, kad pengenalan dan MyKid, satu pasport warga Indonesia, sebentuk cincin serta seutas gelang, sejumlah wang tunai serta kotak peralatan bertukang yang mengandungi pemotong besi, pemutar skru, gunting dan gergaji besi.

"Semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, dan ujian saringan awal menunjukkan dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman hingga 11 April bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 1 hr 31 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 12 mins ago