Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Bernama
08/04/2025

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan, Hulu Selangor pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala empat individu warga tempatan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM403 arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin di Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, tengah hari tadi.
Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM403 Lebuhraya Utara Selatan.
Empat individu warga tempatan cedera, termasuk seorang yang cedera parah, dalam kemalangan tersebut.
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.27 tengah hari tadi dan kemalangan itu melibatkan sebuah lori treler, lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Toyota.
"Kemalangan mengakibatkan kelindan lori tiga tan iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan termasuk seorang cedera parah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa yang cedera berusia 18 hingga 52 tahun dan mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA