Translate

07 April 2025

Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi askar tercapai



Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi askar tercapai

Bernama

07/04/2025


Mohd Nizam (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Akif Ziyan ketika Program "Make A Wish" Kanak-Kanak Menghidapi Leukemia Bersama Angkatan Tentera di Padang Kawad Pangkalan Udara Jugra, Banting hari ini. - Gambar Bernama


BANTING: Impian seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap kanser darah (Acute Lymphoblastic Leukemia) untuk merasai pengalaman sebagai seorang tentera walaupun hanya seketika, tercapai di Pangkalan Udara (PU) Jugra, Banting hari ini.

Hasrat Akif Ziyan Azhar yang berusia empat tahun itu dizahirkan oleh pihak Make A Wish Malaysia yang menyampaikan keinginan anak kecil itu kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hari bersejarah bagi kanak-kanak berkenaan bermula apabila dijemput sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di rumahnya di Jeram, Kuala Selangor untuk dibawa ke PU Jugra menggunakan kenderaan khas milik ATM Cendana Auto (Fitted for Radio).

Akif Ziyan yang mengenakan pakaian celoreng digital Tentera Darat Malaysia, kemudian berpeluang melihat dan merasai pengalaman Pemeriksaan Kawalan Suku oleh PAT selain turut diberi peluang berada di Pentas Kawalan ketika pemeriksaan berlangsung.

Kanak-kanak itu juga menyaksikan tayangan video mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU), diikuti dengan Demonstrasi Menyelamat Tebusan oleh tim PASKAU sebelum dianugerahkan pakaian seragam PASKAU oleh Mohd Nizam sejurus istiadat perbarisan berakhir.

Sementara itu, Mohd Nizam ketika ditemui pemberita berkata ATM juga telah menyediakan Close Escort Team lengkap berpakaian tempur untuk mengiringi Akif Ziyan sepanjang program bagi memastikan kanak-kanak itu menikmati pengalaman ketenteraan yang penuh makna dan istimewa.

Beliau berkata impian Akif Ziyan patut menjadi inspirasi kepada orang ramai mengenai peranan ATM yang sentiasa bergerak rapat dalam usaha membina masyarakat tanpa jurang.

Mohd Nizam berkata walaupun baru tiba dari Lubnan semalam, beliau memutuskan untuk menyantuni dan merealisasikan impian Akif Ziyan hari ini sebelum kanak-kanak itu meneruskan proses rawatan yang dijadualkan dalam masa terdekat.

"Kegembiraan Akif Ziyan ialah ganjaran yang kami (ATM) mahukan. Diharap demonstrasi Komando, PASKAU dan PASKAL dapat memupuk semangat juang buat dirinya untuk meneruskan kehidupan.

"Pengalaman yang dicurahkan kepada Akif Ziyan diharap dapat menaikkan semangatnya untuk terus berjuang melawan penyakit dan tidak mustahil untuknya menjadi seorang warga ATM suatu hari nanti," katanya.

Ibu Akif Ziyan, Zuraidah Kasan, 39, berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu sangat berminat untuk menjadi anggota tentera, malah sentiasa melihat aksi pasukan keselamatan itu menerusi media sosial YouTube.

Beliau berkata anaknya sedang menunggu tarikh bagi melakukan pembedahan dengan kakak sulung Akif Ziyan, Awliyah Zayanah, 11, disahkan layak mendermakan sel stem untuk adiknya.

"Terima kasih ATM kerana menunaikan impian anak saya untuk merasai pengalaman menjadi askar ... saya dan seluruh ahli keluarga teruja melihat keseronokan pada wajah Akif Ziyan," katanya dan menambah anaknya disahkan menghidap kanser darah sejak April 2022.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '15 countries have sent trade deal p' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Australian woman gives birth to wrong couple's bab' 3 hrs 19 mins ago