Translate

09 April 2025

Empat lelaki didakwa peras ugut seorang lelaki RM18,000



Empat lelaki didakwa peras ugut seorang lelaki RM18,000

Bernama

09/04/2025


P. Veeran, S. Rohan Raj, L. Yuvarajan, dan S. Siva didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada mangsa, di Desa Air Mas, Gelugor pada Mac lepas. - Foto Bernama


GEORGE TOWN: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan peras ugut terhadap seorang lelaki sebanyak RM18,000 pada bulan lepas.

Empat lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan peras ugut sebanyak RM18,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Veeran dan Rohan Raj juga menghadapi pertuduhan menyamar sebagai polis dan memiliki senjata tiruan, dengan kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Mahkamah membenarkan ikat jamin kepada tertuduh dengan syarat tambahan tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.

P. Veeran, S. Rohan Raj, L. Yuvarajan, dan S. Siva didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan itu dengan mendatangkan ketakutan kepada mangsa, di Desa Air Mas, Gelugor di sini pada 12.30 pagi, 21 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Azlan Basri membenarkan tertuduh yang berusia antara 21 hingga 36 tahun itu, diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 28 April untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil manakala semua tertuduh diwakili peguam Peguam R. Puran.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Veeran dan Rohan Raj mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan menyamar dan mengaku sebagai polis.

Rohan Raj turut didakwa memiliki senjata tiruan iaitu sepucuk pistol plastik tiruan di Desa Air Mas, Gelugor di sini pada 12.30 pagi, 21 Mac lepas.

Bagi pertuduhan menyamar dan mengaku sebagai polis, Veeran dan Rohan Raj didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Untuk kesalahan memilki senjata tiruan, Rohan Raj didakwa di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Majistret Nadratul Naim Mohd Saidi membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 seorang untuk setiap pertuduhan dan menetapkan 22 Mei depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M. Darrshini manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam yang sama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 11 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'NIKAH LUNA MAYA & MAXIME BOUTTIER | BEST FBKL' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Blantyre viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 3 hrs 23 mins ago