Translate

09 April 2025

Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat



Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat

Bernama

09/04/2025


Mohd Yusoff (tengah) semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Rabu. -Sinar Harian


KOTA BHARU: Jumlah kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan menunjukkan trend peningkatan ketara setiap tahun, dengan kebanyakan kes melibatkan hubungan suka sama suka, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Jumlah kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan meningkat setiap tahun, dengan kebanyakan kes melibatkan hubungan suka sama suka.

Faktor penyumbang termasuk konflik keluarga, kelalaian ibu bapa, percintaan bawah umur, dan pengaruh bahan lucah yang mudah diakses.

Isu ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, komuniti, imam, ketua kampung, serta ibu bapa.

Beliau berkata 252 kes direkodkan pada tahun 2024 berbanding 206 kes pada 2023 iaitu peningkatan sebanyak 22.3 peratus, dan apa yang membimbangkan ialah ada dalam kalangan pelaku terlibat terdiri daripada remaja berumur seawal 10 tahun.

Dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada situasi ini termasuk konflik keluarga, kelalaian ibu bapa, percintaan bawah umur, di samping pengaruh bahan lucah yang mudah diakses melalui telefon bimbit.

"Saya ingin menegaskan bahawa isu ini bukan berkisar kepada tanggungjawab polis semata-mata, malah ia seharusnya turut melibatkan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, komuniti, imam, ketua kampung serta ibu bapa," katanya.

Mohd Yusoff turut mendedahkan terdapat kes remaja perempuan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa sebarang halangan daripada ibu bapa, selain kejadian melibatkan hubungan seksual seawal usia 10 tahun.

"Ramai juga pelajar yang menyimpan gambar atau video lucah dalam telefon bimbit mereka, ada yang merakam gambar bogel sendiri dan menghantarnya kepada kenalan yang baru dikenali menerusi media sosial," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 7 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 20 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 54 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 1 hr ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr ago
A visitor from Omsk viewed 'Saya Kecewa Muka Sama Dilantik Semula, Kata Tun Ma' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 2 hrs ago