Translate

04 April 2025

Kelab malam jadi sarang dadah dalam tumpuan polis - Pemangku Pengarah JSJN



Kelab malam jadi sarang dadah dalam tumpuan polis - Pemangku Pengarah JSJN

Bernama

04/04/2025


Mat Zani (tiga, kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media selepas menumpaskan satu sindiket menyeludup dan mengedar dadah merentas sempadan Kedah dan Perlis ke Kuala Lumpur di Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Jika dahulu, sarang dadah konvensional sering tertumpu di bangunan terbiar dan kawasan terpencil, namun kegiatan itu kini beralih ke kelab malam, kata Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali.

Kelab malam kini menjadi sarang dadah menggantikan bangunan terbiar dan kawasan terpencil.

PDRM merancang strategi untuk menumpaskan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah sintetik di kelab malam.

Dadah popular yang diedarkan termasuk methamphetamine, ecstasy, ketamin, heroin, dan ganja.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memberi tumpuan penuh dalam merancang strategi untuk menumpaskan kegiatan itu.

"Kami mempunyai maklumat kukuh bahawa beberapa kelab malam di seluruh negara kini telah berkembang menjadi sarang dadah versi terbaharu," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mat Zani berkata kelab malam terbabit bukan sahaja menjadi lokasi penagihan dadah tetapi juga berfungsi sebagai pusat pengedaran dadah sintetik.

Beliau menjelaskan bahawa kelab malam terbabit bukan sahaja menjadi lokasi penagihan dadah, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pengedaran dadah sintetik.

Menurut beliau antara dadah popular yang diedarkan termasuk methamphetamine, ecstasy, ketamin, heroin dan ganja.

"Kami sudah mengenal pasti kelab malam yang terlibat dan ia bukan hanya tertumpu di Lembah Klang. Malah, kelab malam di seluruh negara juga dikesan terbabit," katanya sambil mengingatkan bahawa PDRM hanya menunggu masa untuk menjalankan serbuan besar-besaran.

Mat Zani turut menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti itu supaya menghubungi talian hotline JSJN di 012-2087222.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Anak 7 Tahun Maut Tercampak Kereta Dipandu Ibu Ter' 2 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Syarikat haji, umrah boleh didenda sehingga SAR100' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump Ulangi Hasrat Untuk Rampas Gaza | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang titah pentingkan keselamatan jalan r' 24 mins ago