Translate

08 April 2025

RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program kebajikan - Saksi



RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program kebajikan - Saksi

Bernama

07/04/2025


Mohd Sumali berkata dalam rekod UMNO sejak April 2015, tiada sebarang aduan, bantahan atau tuntutan diterima oleh parti itu berkenaan dengan penerimaan RM16 juta tersebut. - Gambar fail/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa RM16 juta yang diterima UMNO daripada Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) adalah kekal sebagai derma atau sumbangan kepada parti politik itu bagi melaksanakan aktiviti parti, program amal dan kebajikan untuk rakyat.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan berkata dalam rekod UMNO sejak April 2015, tiada sebarang aduan, bantahan atau tuntutan diterima oleh parti itu berkenaan dengan penerimaan RM16 juta tersebut.

"Hanya selepas lebih enam tahun, tuntutan ini dibuat terhadap UMNO oleh plaintif-plaintif yang mendakwa bahawa RM16 juta itu diserahkan kepada UMNO secara salah dan penipuan (fraud) akibat pelanggaran kewajipan dan pecah amanah oleh bekas pengarah-pengarah plaintif-plaintif," kata saksi defendan itu yang mewakili UMNO.

Beliau berkata demikian menerusi pernyataan saksinya pada perbicaraan kes saman yang difailkan oleh SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya - Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.

Menurut Mohd Sumali, plaintif-plaintif dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), termasuk pengarah-pengarahnya atau wakil-wakilnya, juga tidak pernah hadir atau terlibat dalam setiap aktiviti dan program yang telah dianjurkan dan dilaksanakan oleh UMNO.

"Dalam rekod UMNO, tidak ada sebarang surat-menyurat antara plaintif-plaintif atau IPSB dengan UMNO. Oleh itu, RM16 juta itu kekal sebagai derma atau sumbangan kepada UMNO.

"Atas alasan ini, UMNO tidak ada sebab untuk meragui atau mengkhuatiri derma dan sumbangan yang diterima daripada JPSB, yang mana UMNO juga menerima derma dan sumbangan daripada pelbagai pertubuhan korporat lain sebelum ini," jelasnya.

Mohd Sumali berkata UMNO juga tidak langsung mempunyai pengetahuan bahawa RM16 juta berkenaan diserahkan kepada UMNO bagi tujuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerana perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepada UMNO dan tidak dicatat di mana-mana surat-menyurat atau dokumen dalaman UMNO.

"Derma dan sumbangan yang diterima daripada JPSB ini pada April 2015 telah pun dibelanjakan oleh UMNO bagi penganjuran dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti serta program amal dan kebajikan untuk rakyat.

"Adalah jelas, tuntutan plaintif-plaintif sebenarnya adalah terhadap bekas pengarah-pengarahnya dan IPSB, bukannya UMNO," katanya.

Pada prosiding hari ini, peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili UMNO manakala plaintif diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli.

Dalam saman terhadap UMNO, plaintif menuntut RM16 juta, yang mereka dakwa telah dipindahkan secara salah kepada parti politik itu dengan menegaskan bahawa UMNO tidak mempunyai asas untuk menerima dana itu.

Saman kedua melibatkan tuntutan RM3.5 juta terhadap Badan Perhubungan UMNO Selangor (UMNO Selangor) yang juga didakwa telah menerima dana tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 13 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 14 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Presiden Kosovo akhiri lawatan rasmi empat hari ke' 2 hrs 22 mins ago