Translate

09 April 2025

Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta ditipu sindiket pelaburan



Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta ditipu sindiket pelaburan

Bernama

09/04/2025


Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud. - Gambar hiasan


KEPALA BATAS: Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Anuar Abdul Rahman berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima aduan daripada mangsa berusia 58 tahun itu pada Jumaat lepas.

"Mangsa mendakwa terperdaya dalam kes penipuan pelaburan dalam talian selepas melihat iklan pelaburan itu di aplikasi media sosial Facebook pada 10 pagi 20 Dis lepas.

"Mangsa yang berminat untuk menyertai pakej pelaburan yang ditawarkan itu telah membuat beberapa transaksi kemasukan wang ke dalam tujuh akaun bank yang berbeza, yang dijanjikan pulangan sebanyak 500 hingga 800 peratus daripada wang modal dilaburkan," katanya dalam kenyataan.

Namun, beliau berkata, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang pulangan pelaburan sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Polis kini menjalankan siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu, kes penipuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 1 hr 19 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 2 hrs 2 mins ago