Translate

09 April 2025

KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights



KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights

Bernama

09/04/2025


JPSPN dan SWCorp akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersihan hujung minggu ini. - Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

KPKT menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersihan hujung minggu ini.

Selain itu, KPKT memaklumkan mereka memberi fokus utama kepada inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah terjejas dalam kejadian berkenaan.

"Sehubungan itu, KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian khususnya agensi pelaksana iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA.

"Pasukan tersebut turut menyiapkan pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula rumah mangsa terjejas berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," menurut kenyataan itu.

KPKT memaklumkan pelan tindakan itu diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Rakyat Malaysia disyaki rompak kedai emas di Thail' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis tertembak diri sendiri dipercayai ad' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 3 hrs 21 mins ago