Translate

08 April 2025

Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang



Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang

Bernama

08/04/2025


Muna Qaisara dilapor hilang dari asrama di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu. - Gambar Sinar Harian


KUALA TERENGGANU: Seorang ibu merayu orang ramai membantu mencari anak perempuannya berusia 15 tahun yang hilang sejak Sabtu lepas.

Juliana Johari, 42, berkata anaknya, Muna Qaisara Muhammad Budiman hilang selepas didapati tidak berada di asrama sebuah sekolah menengah di Serada, di sini.

"Menurut maklumat, kali terakhir Muna Qaisara dilihat memakai jubah merah hati dan tudung berwarna krim. Saya merayu orang ramai yang memiliki kamera papan pemuka kereta dan berada di laluan sekolah sekitar Serada agar membantu kami.

"Pelbagai usaha telah kami lakukan untuk mencari anak saya itu tetapi semuanya menemui jalan buntu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Juliana turut menyuarakan kekesalan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu kononnya anaknya itu telah ditemukan.

Wanita itu berkata tindakan tersebut hanya menambah kesedihan keluarganya yang kini dalam keadaan resah dan bimbang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan pelajar tersebut pada Ahad lepas.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947 selain tampil di mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Betul Ke Menteri Ekonomi Sudah 'Clearkan' Ofis? - ' 2 hrs 38 mins ago