Translate

29 March 2025

Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman - Sultan Pahang



Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman - Sultan Pahang

Bernama

29/03/2025


Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mencemar duli mengunjungi Bazar Ramadan Mahkota Square untuk membeli juadah berbuka puasa di Kuantan, 28 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Al-Sultan Abdullah turut menyarankan pengguna jalan raya supaya memeriksa keadaan kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan selain memandu dengan berhemah dan bersabar ketika berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

"Jika berasa letih semasa memandu berhenti rehat dan minum kopi sebagainya, jangan tergopoh-gapah. Saya doakan mereka selamat sampai dan berhati-hati ketika di jalan raya," titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita ketika berkenan mencemar duli berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) sini semalam bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda baginda berdua.

Baginda turut menzahirkan perasaan dukacita dengan kemalangan maut yang berlaku terutama menjelang Aidilfitri dan berharap selepas projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) siap sepenuhnya kelak, risiko kemalangan dan kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah mengakui gemar berbuka puasa di padang bersama rakyat selain dapat menyantuni orang ramai.

"Kalau boleh saya nak datang sini kerap, tetapi tak kesampaian banyak melawat daerah-daerah lain dan Alhamdulillah hari ini dapat sampai...saya lihat begitu ramai pengunjung termasuk dari luar Pahang," titah baginda.

Terdahulu sebelum berbuka, Sultan Pahang berkenan menyantuni penjual dan pengunjung bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang itu yang ingin bergambar bersama, selain baginda berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Abu dhabi viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 17 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'MCMC akan bantu polis siasat video' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 1 hr 42 mins ago