Translate

13 April 2025

PRK Ayer Kuning: Dakwaan boikot cubaan gugat keharmonian UMNO - Mohamed Khaled



PRK Ayer Kuning: Dakwaan boikot cubaan gugat keharmonian UMNO - Mohamed Khaled

Bernama

13/04/2025


Mohamed Khaled (kiri) berkata semua sayap parti sedang menggembleng tenaga bagi memastikan kemenangan calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir. - Foto Bernama


JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan berlaku pergeseran dalaman antara Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai cubaan pihak lawan untuk menggugat keharmonian parti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan pergeseran dalaman antara Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning, menyifatkannya sebagai cubaan pihak lawan untuk menggugat keharmonian parti.

Pemilihan Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon BN adalah tepat, dan beliau merupakan calon terbaik untuk mewakili masyarakat di DUN Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri (BN), Abd Muhaimin Malek (Perikatan Nasional), dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

Beliau berkata pihaknya tidak mendengar sebarang isu berkaitan pergeseran itu, malah semua sayap parti sedang menggembleng tenaga bagi memastikan kemenangan calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah.

"Saya berada di sana (DUN Ayer Kuning), dan saya tidak dengar langsung isu boikot seperti yang didakwa. Ia sengaja dibangkitkan untuk memecahbelahkan keharmonian dalam parti. Semasa hari penamaan calon, saya lihat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO semuanya hadir dan tiada sebarang masalah," katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan dakwaan berhubung pergeseran dalaman itu.

Sementara itu, Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemilihan Dr Mohamad Yusri oleh kepimpinan parti adalah tepat kerana beliau merupakan calon terbaik untuk mewakili masyarakat di DUN berkenaan.

Justeru, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memohon pengundi agar memilih calon yang mampu bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membawa suara rakyat di kawasan tersebut.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri (BN), Abd Muhaimin Malek (Perikatan Nasional) dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 3 hrs 32 mins ago